Aplikasi Android Terbaik : Keyboard Android L Untuk Smartphone Anda

Aplikasi android terbaik pilihan kami kali ini ialah sebuah keyboard yang diadaptasi dari sistem operasi terbaru milik Google iaitu Android L. Android L untuk pengetahuan anda merupakan Android terbaru yang menggunakan antaramuka serta dilengkapi fungsi-fungsi menarik berbeza dengan Android sebelum ini.

Memfokuskan kepada perubahan antaramuka, keseluruhan rupabentuk sistem operasi tersebut diubah dan menjadi lebih menarik. Antara perkara yang menarik perhatian ramai pengguna android ialah aplikasi keyboard pada Android L tersebut. Dikemaskini dan hadir dalam rupabentuk serta warna yang jauh lebih menarik.

Aplikasi tersebut kini boleh dipasang pada smartphone anda yang menggunakan Android 4.0 ICS dan keatas. Lebih menarik, anda tidak memerlukan akses root untuk memasang keyboad tersebut. Keyboard Android L telah diubahsuai oleh pembangun, Shen Ye sebelum menerbitkannya di Play Store.

Malangnya, ia telah pun dikeluarkan serta di ban dari Play Store atas alasan hakcipta. Bagi anda yang berminat, file APK aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah. Letakkan di dalam memori kad dan pasang seperti biasa.

Muat Turun Keyboard Android L APK

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here