WeChat Speed All Star – Sertai Perlumbaan Kereta Bersama Artis Pilihan Anda

1
484 views
views

WeChat Speed All Star, mungkin ramai antara anda mungkin pernah mendengar mengenai permainan milik WeChat ini. Sebuah game berbentuk perlumbaan kereta yang dihasilkan oleh syarikat yang sama menghasilkan aplikasi permesejan WeChat. Mendapat rating yang tinggi di Google Play Store, ini merupakan salah satu game wajib anda cuba.Untuk artikel dalam kategori “Permainan Android” kali ini, kami akan cuba melakukan review ringkas mengenai WeChat Speed All Star dan apa yang menarik dengannya.

Menyentuh mengenai soal grafik pada game ini, ianya agak mengejutkan kami apabila mempunyai grafik yang sangat menarik dan cantik setaraf dengan beberapa game lumba kereta high end namun mempunyai saiz pemasangan yang sangat kecil. Walaupun bersaiz sekitar 35MB, anda akan mendapat sebuah game dengan grafik superb.Antaramuka pada WeChat Speed All Star ini juga sangat kemas dan minimal. Mudah untuk difahami tanpa paparan skrin yang berserabut. Seperti kebanyakkan game perlumbaan yang lain, anda boleh mengubah tetapan”camera view” termasuk mempunyai “side view”.

Apa yang membezakan game ini dengan game perlumbaan yang lain ialah, anda akan diberi beberapa tugasan yang perlu disempurnakan untuk mengumpul mata (gold coin, diamond etc etc) dan perlu mengumpul Gold Coin sebanyak mungkin ketika perlumbaan. Terdapat juga beberapa misi yang perlu disempurnakan.Menepati tujuan sesebuah permainan dihasilkan iaitu untuk menghilangkan tekanan, WeChat Speed All Star sangat mudah untuk dimainkan dan anda boleh bersaing dengan rakan-rakan WeChat yang ada serta membandingkan markah melalui ranking yang disediakan.

ALL STAR RACE EVENT

Perlumbaan akan turut disertai beberapa artis terkemuka tanah air seperti Diana Danielle , Adam C, Elfira Loy , JJ , Yumi Wong dan Adrian Tan. Anda boleh memilih untuk meyertai mana-mana pasukan artis kegemaran untuk bersama-sama menaikkan ranking kumpulan masing-masing.3 pelumba terhebat dalam kumpulan yang ada akan dipilih untuk bertanding kelak.

Anda perlu terus berlumba dan bermain permainan ini untuk membantu menaikkan ranking pasukan masing-masing, gunaka segala kelebihan yang ada untuk upgrade kereta masing-masing dengan menggunakan diamonds dan gold coin yang dikumpul. Anda boleh mendapatkannya dengan percuma melalui cara-cara dibawah :

CARA MENDAPATKAN DIAMONDS/COINS SECARA PERCUMA

Bronze Star Event

– Tamatkan perlumbaan dan sertai team artis pilihan anda – 50 Diamonds

– Jemput rakan wechat anda sebanyak 5 kali – 100 Diamonds

– Dapatkan markah 100,000 dalam satu perlumbaan – 100 Diamonds

Silver Star Event

– Selesaikan perlumbaan dengan kereta kelas B dan keatas – 50 Diamonds

– Kongsikan markah yang anda perolehi di Moment Wechat – 150 Diamonds

– Dapatkan markah 180,000 keatas dalam satu perlumbaan – 150 Diamonds

Gold Star Event

– Dapatkan markah 250,000 dan keatas dalam satu perlumbaan – 200 Diamonds

– Mempunyai 10 rakan dalam permainan ini – 300 Diamonds

– Kekalkan prestasi kumpulan sehingga Top N – 300 Diamonds

Anda turut boleh mendapatkan bonus perlumbaan pada tarikh-tarikh tertentu untuk mengumpul gold coin dan diamonds secara percuma dengan cara berikut :

Bonus Laman Rasmi Wechat Speed

5/19 : kumpul 880,000 points pada jam 21:00-22:00 – 20 Diamonds
5/20 : Dapatkan markah dengan nombor “7″ (contoh seperti 208,897) pada jam 21:00-22:00 – 5000 coins
5/21 : Gunakan Gas Tank 5 kali – 5000 coins.
5/22 : Gunakan 100 Diamonds – 10 Diamonds.
5/23 : Kumpul point sehingga 1 juta pada hari yang sama – 20 Diamonds.
5/24 : Lengkapkan 3 perlumbaan – 10,000 coins.
5/25 : Gunakan Gas Tank 3 kali – 2000 coins.
5/26 : Gunakan 200 Diamonds -50 Diamonds.
5/27 : Dapatkan markah dengan nombor “7″ (contoh seperti 208,897) pada jam 20:00-22:00 – 3000 coins
5/28 : Kumpul 880,000 points pada jam 21:00-22:00 – 20 Diamonds
5/29 : Gunakan “Gas Tank” sebanyak 5 kali – 5000 coins.
5/30 : Lengkapkan 3 perlumbaan – 10,000 coins
5/31 : Dapatkan markah dengan nombor “7″ (contoh seperti 208,897) pada jam 21:00-22:00 – 5000 coins.
6/1 : Gunakan “Gas Tank” sebanyak 5 kali – 5000 coins.
6/2 : Lengkapkan 3 perlumbaan – 10,000 coins
6/3 : Gunakan 100 Diamonds – 10 Diamonds.
6/4 : Kumpul point 880,000 pada jam 21:00-22:00 – 20 Diamonds
6/5 : Dapatkan markah dengan nombor “8″ (e.g. 208,897) pada jam 21:00-22:00 – 5000 coins

JEMPUT RAKAN UNTUK BERMAIN

Cara lain untuk mendapatkan diamonds secara percuma ialah dengan menjemput rakan wechat anda untuk turut serta dalam perlumbaan ini. Bonus yang akan diperolehi adalah seperti berikut :

– Jemput 5 rakan – 10 Diamonds
– Jemput 10 rakan – 30 Diamonds
– Jemput 15 rakan – 50 Diamonds
– Jemput 20 rakan – 70 Diamonds

TAWARAN HARIAN

Anda akan memperolehi bonus 1000 coins dan 5 heart percuma harian apabila bermain permainan ini setiap hari. 50 Diamonds akan diberi percuma apabila anda login selama 7 hari berturut.

SERTAI PERLUMBAAN INI SEKARANG

Permainan ini boleh di muat turun secara percuma di Google Play Store dan anda hanya perlu log masuk menggunakan ID wechat masing-masing untuk mula bermain. Jangan lupa untuk menjemput rakan anda untuk turut serta.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here