Nokia Z Launcher – Launcher Android Pintar Dan Unik Milik Nokia [Muat Turun APK]

21
1,526 views
views

Nokia Z Launcher merupakan launcher android yang dicipta oleh team Nokia dengan ciri-ciri pintar, ringkas dan menarik. Launcher tersebut menggunakan antaramuka minimal dan membolehkan anda untuk “menaip” pada skrin untuk mencari aplikasi atau perkara yang dikehendaki.

Buat masa ini, Z Launcher berada dalam fasa percubaan (Beta) dan pihak Nokia hanya membenarkan sejumlah pengguna untuk mencuba aplikasi tersebut. Kami telah pun mencuba Z Launcher ini dan apa yang dapat kami katakan, ianya sangat menarik dan lain daripada launcher yang terdapat di dalam pasaran ketika ini.

X Nokia Z Launcher - Action failed. Please retry after we open up new activations

Homescreen launcher tersebut akan memaparkan aplikasi yang kerap anda gunakan pada satu-satu masa dan berubah-ubah.Pihak Nokia juga telah menetapkan hanya beberapa model smartphone yang sesuai dengan launcher mereka antaranya Nexus 5, Galaxy S5, S4, S3, HTC ONE dan Xperia Z2. Walaubagaimanapun, ia mungkin berfungsi dengan baik pada siri smartphone lain seperti Xperia T2 Ultra yang kami cuba.

Malangnya, untuk versi Beta, launcher ini tidak menyokong smartphone yang telah di root dan pengguna akan dihalang akses selepas memasang pada smartphone masing-masing jika ianya telah di root. Selain itu juga, pihak Nokia turut menyatakan mereka telah menghalang akses kepada umum dan meminta pengguna untuk menunggu launcher tersebut dilancarkan terlebih dahulu.

Terima kasih kepada pembangun yang ada dimana mereka telah mengubah suai launcher tersebut dan kini ia boleh digunakan untuk semua smartphone yang sesuai walaupun telah di root. Anda juga boleh menggunakan launcher tersebut tanpa dihalang akses kepadanya oleh pihak Nokia.

Bagi anda yang berminat, link muat turun telah pun kami sediakan dibawah dan hanya perlu pasang seperti biasa.

MUAT TURUN NOKIA Z LAUNCHER

ANDROID 4.0 ICS – ANDROID 4.2.2 JELLY BEAN | MEDIAFIRE
ANDROID 4.3 DAN KEATAS | MEDIAFIRE

SUMBER | VIA

21 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here