Nokia X2 Diperkenalkan – Dilengkapi Skrin Dan Cip Pemprosesan Lebih Baik

2
651 views
views

Nokia X2 hari ini diperkenalkan selepas pelbagai khbar angin mengenainya hangat diperkatakan. Nokia sebelum ini telah pun dibeli oleh pihak Microsoft dan pelancaran Nokia X2 menandakan mereka akn terus mengeluarkan smartphone berasaskan Android disamping menggunakan Windows Phone.

Secara ringkasnya, Nokia X2 merupakan Nokia X yang dikemaskini dari hampir setiap aspek. Antara spesifikasi Nokia X2 ini ialah ia dilengkapi skrin bersaiz 4.3 inci dengan teknologi paparan ClearBlack, Android 4.3 Jelly bean, prosessor 1.2GHz Dual Core Snapdragon 200, 1GB ram, memori dalaman 4GB + sokongan sdcard sehingga 32GB, kamera auto-fokus 5 megapiksel + LED + kamera hadapan, dual-sim dan bateri bersaiz 1800mAh.

nokia-x2-4

 

Paparan sktrin Nokia X2 turut diubah dan kini ia dilengkapi dengan fungsi butang Home bersebelahan dengan butang “Back”. Launcher yang digunakan masih mengekalkan rupabentuk yang sama namun ditambah baik dari segi fungsi dan prestasi menjadikannya lebih laju.

Smartphone ini diperkenalkan dalam beberapa pilihan warna antaranya hijau, oren, kuning, hitam dan putih. Menyentuh mengenai soal harga, Nokia X2 dipasarkan pada harga €99 (RM440) dan buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai pelancarannya di Malaysia.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here