Ninetology U9Z1T Diperkenalkan Secara Rasmi – Dilengkapi LTE, Prosessor Snapdragon 400

1
413 views
views

Ninetology U9Z1T merupakan smartphone terbaru dalam kelas pertengahan milik Ninetology dan telah pun diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini. Apa yang menariknya ialah, walaupun berada di dalam kelas pertengahan U9Z1T dilengkapi dengan sokongan LTE.

Antara spesifikasi ringkas Ninetology U9Z1T ialah ia mempunyai skrin HD IPS bersaiz 5 inci, prosessor Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, 1GB ram, sokongan LTE,  8GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 32GB, kamera 13 megapiksel dan bateri bersaiz 2000mAh.

Menyentuh mengenai soal rekabentuk, ia sedikit melengkung di bahagian tepi menjadikan lebih kemas ketika dipegang, bahan binaan plastik digunakan untuk bahagian badan namun tampak lebih berkualiti tinggi berbanding model sebelum ini. Ninetology mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan antaramuka seperti stok android untuk model terbaru ini dan menggunakan skin tersendiri dengan warna menarik.

Launcher yang digunapakai pada U9Z1T kali ini ialah NQ Live Launcher yang dikatakan dioptimasi sepenuhnya untuk prestasi yang cemerlang. Icon yang digunakan juga agak menarik walaupun sedikit menyerupai icon meego pada smartphone Nokia. Sepanjang kami mencubanya, malang apabila masih terdapat lag pada smartphone ini terutama apabila ingin membuka menu.

Anda akan turut mendapat beberapa aplikasi serta fungsi tambahan yang disertakan sekali pada U9Z1T antaranya  aplikasi Snapdragon Battery Guru bertujuan untuk menjimatkan penggunaan bateri, Snapdragon Audio+ mengoptimasikan pengalaman mendengar musik dan lain-lain.

Harga rasmi untuk model kali ini ialah RM899 dan didatangkan dengan rebat RM200 menjadikan harga selepas rebat RM699. Anda boleh merujuk portal rasmi Ninetology di EChannel mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rebat smartphone ini.

Jadi apa pendapat anda mengenai Ninetology U9Z1T ini ? Adakah ia mampu menarik minat pengguna untuk mendapatkannya?

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here