Moto G LTE diperkenalkan baru-baru ini bersama-sama dengan Moto E, sebuah smartphone terbaik milik Motorola dilengkapi spesifikasi kelas pertengahan namun dengan prestasi yang sangat mengkagumkan. Moto E pula mempunyai spesifikasi yang lebih rendah namun turut mempunyai reputasi baik sebagai sebuah smartphone bajet rendah.
Berita baik bagi anda yang sedang menunggu kemasukkan rasmi kedua-dua model smartphone, maklumat mengenai Motorola Moto G LTE dan juga Moto E muncul di halaman web pengedar rasmi Motorola di Malaysia iaitu Brightstar. Ini berkemungkinan menandakan smartphone tersebut akan ditawarkan secara rasmi kepada pengguna Malaysia.
Menyentuh mengenai soal spesifikasi Moto G 4G LTE, ia merupakan versi kemaskini kepada Moto G versi asal yang tidak mempunyai sambungan LTE padanya. Selain mengekalkan ciri-ciri yang sama, apa yang membezakan antara kedua-dua versi ialah Moto G LTE menyokong slot sdcard sehingga 32GB selain mempunyai sambungan LTE.
Motorola Moto E pula, antara spesifikasi smartphone ini ialah ia dilengkapi Android 4.4.2 Kit Kat, Dual-core Snapdragon 200 processor berkelajuan 1.2GHz, 1GB ram, memori dalaman 4GB (2.21GB usable), sokongan sdcard sehingga 32GB, skrin qHD bersaiz 4.3 inci, kamera 5 megapiksel dan bateri bersaiz 1,980mAh.
Sehingga kini, tiada maklumat rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan untuk kedua-dua model smartphone dan kami menjangkakan ia akan mula ditawarkan dalam beberapa minggu akan datang.
SUMBER | VIA SOYACINCAU