HTC Volantis – Tablet 8.9 Inci Dilengkapi Spesifikasi Tinggi, Merupakan Nexus 9?

0
768 views
views

Disebalik khabar angin yang mengatakan tiada lagi siri Nexus yang akan diperkenalkan, hari ini maklumat mengenai tablet pertama HTC iaitu HTC Volantis tersebar mendedahkan spesifikasi yang bakal diguna pakai oleh tablet tersebut.

HTC Volantis atau dikenali sebagai Nexus 9 dilengkapi dengan spesifikasi tinggi terutama dari segi processor yang digunakan. Bakal menggunakan skrin HD bersaiz 8.9 inci, ia akan menggunakan prosessor milik NVIDIA iaitu Tegra K1 yang berkuasa tinggi. Antara spesifikasi lain ialah

nexus 9 htc volantis 2

  • 8.9″ Display at 2048×1440 (281ppi)
  • NVIDIA Logan 64-bit processor (Tegra K1 Processor)
  • 2GB RAM
  • 16/32GB internal storage
  • Kamera 8MP dengan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) dan kamera hadapan 3MP.
  • Aluminum zero-gap construction
  • Stereo Speaker di bahagian hadapan
  • 8.91″x5.98″x0.31″ body (that’s 22.63×15.19×0.79cm)
  • 418g (or 427g with LTE) (that’s 14.74/15.1 ounces)

nexus 9 htc volantis

Maklumat ini dikongsikan oleh pihak Android Police yang mengatakan bahawa HTC Volantis ini lebih dari sekadar khabar angin dan hampir pasti akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai soal cip pemprosesan yang digunakan, NVIDIA TEGRA K1 merupakan prosessor berkuasa tinggi milik NVIDIA yang dilihat lebih hebat dan berkuasa tinggi berbanding Qualcomm Snapdragon 801 yang diguna pakai oleh kebanyakkan model-model terkini. Maklumat mengenai prestasi awal Nvidia Tegra K1 ini boleh dibaca di PhoneArena, GSMArena dan SlashGear.

gsmarena_001

Jangkaan harga bagi tablet ini apabila ia diperkenalkan kelak ialah $399 bagi versi 16GB dan $499 versi 32GB. Manakala bagi model sokongan LTE berkemungkinan akan mempunyai harga yang lebih tinggi. Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan maklumat mengenai harga tablet tersebut buat masa ini.

SUMBER | ANDROID POLICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here