Heads Up – Fungsi Menarik Tersembunyi Pada Android 4.4 Kit Kat

0
320 views
views

Android 4.4 Kit Kat merupakan sistem operasi android terbaik yang mempunyai pelbagai ciri menarik disamping sesuai digunakan untuk smartphone spesifikasi kelas pertengahan. Google minggu ini telah pun mengeluarkan kemaskini Android 4.4.4 Kit Kat untuk siri Nexus mereka namun tidak banyak perubahan yang dapat disaksikan.

Dalam perkembangan terbaru, Team CyanogenMod menjumpai fungsi baru di dalam code Android 4.4 Kit Kat namun Google tidak memasukkan fungsi tersebut ke dalam Android 4.4 Kit Kat. “Heads Up” merupakan sebuah fungsi dimana notifikasi akan dipaparkan secara terapung di bahagian atas skrin smartphone terletak dibawah status bar.

Fungsi ini dilihat direka untuk digunakan ketika “Immersive mode” diaktifkan namun atas sebab yang tidak diketahui, fungsi ini tidak terdapat pada Android 4.4 Kit Kat dan Google dijangka akan memperkenalkan secara rasmi pada versi terbaru sistem operasi Android mereka (Android 5.0?).

Immersive Mode ialah satu mod dimana aplikasi boleh dibuka dalam keadaan full screen, “navigation bar” dan “status bar” akan disembunyikan ketika aplikasi dibuka sekaligus memaparkannya dalam keadaan skrin penuh. Heads Up akan aktif apabila terdapat notifikasi masuk ketika immersive mode digunakan.

Pihak Cyanogenmod telah pun memasukkan fungsi Heads Up ini secara rasmi dalam kemaskini terbaru sistem operasi Cyanogenmod 11 dan bagi pengguna custom rom CM11, anda boleh terus menggunakannya.

Apa yang menariknya ialah, fungsi seumpama Heads Up ini telah pun wujud di dalam sistem operasi custom rom Paranoid Rom dikenali sebagai Hover. Video penjelasan tentang bagaimana ia berfungsi boleh ditonton dibawah.

SUMBER | CYANOGENMOD BLOG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here