Harga Samsung Gear Live Di Malaysia

1
432 views
views

Harga Samsung Galaxy Gear Live Di Malaysia, bagi anda yang mengikuti perkembangan di Google I/O malam tadi, antara perkara baru yang dilancarkan ialah Galaxy Gear Live, sebuah jam tangan pintar yang menggunakan sistem operasi Android Wear.

Ulasan mengenai spesifikasi Galaxy Gear Live telah pun kami sentuh dalam artikel sebelum ini. Jika anda tertanya-tanya mengenai cara untuk mendapatkan jam tangan pintar tersebut di Malaysia dan harga yang ditawarkan, berita baik buat anda dimana rakan kami di Techbug.my telah mula mengambil tempahan Galaxy Gear Live.

gear-live-specs

Samsung Galaxy Gear Live ditawarkan pada harga jualan RM999 dan buat masa ini stok yang ditawarkan adalah sangat terhad. Penghantaran dijangka akan dilakukan pada 21-25 Julai 2014. Segala info berkaitan boleh di rujuk di www.techbug.my.

Jadi, apa pendapat anda mengenai jam tangan pintar ini ? Adakah berbaloi untuk dimiliki?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here