Harga LG G Watch Di Malaysia

0
391 views
views

Harga LG G Watch di Malaysia, LG G Watch merupakan jam tangan pintar milik LG yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 dan sistem operasi Android Wear. Dilancarkan serentak bersama Samsung Gear Live dan juga Motorola Moto 360, jam tangan pintar tersebut telah pun mula ditawarkan kepada pengguna mulai hari ini.

Spesifikasi LG G Watch ini telah pun kami kongsikan dalam artikel sebelum ini. Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan jam tangan pintar ini di Malaysia, berita baik buat anda di mana pihak Techbug.my telah pun membuka tawaran pra-tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya.

Mula ditawarkan pada harga RM999, buat masa ia ditawarkan dalam kuantiti yang amat terhad. Penghantaran kepada pembeli dijangka akan dilakukan pada 14-18 Julai kelak. Segala info mengenai pembelian boleh dirujuk pada laman web rasmi Techbug di www.techbug.my.

Jadi berapa ramai antara anda yang akan mendapatkan jam tangan pintar daripada LG ini ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here