Cara Update Xperia Z1 Compact Ke Android 4.4.4 KitKat

3
884 views
views

Cara Update Xperia Z1 Compact Ke Android 4.4.4 KitKat, dalam sesi tutorial kali ini kami akan tunjukkan kepada anda cara untuk kemaskini Xperia Z1 Compact ke Android 4.4.4 KitKat secara manual. Bagi yang masih belum tahu, kemaskini Android 4.4.4 KitKat untuk smartphone tersebut telah pun dikeluarkan secara rasmi bermula hari ini.

Jika anda telah pun root Xperia Z1 Compact masing-masing, akses root akan hilang selepas smartphone dikemaskini.Bagi pengguna Malaysia , anda boleh kemaskini Xperia Z1 Compact masing-masing ke android 4.4.4 KitKat secara manual iaitu dengan menggunakan flashtool.Apa yang perlu dilakukan ialah muat turun firmware rasmi android 4.4.4 kemudian flash.Cara ini selamat dan tidak akan merosakkan warranty phone anda.

Bagi yang berminat untuk mengemaskini phone masing-masing ke android 4.4.4 KitKat , ikuti langkah tutorial dibawah.Pastikan anda telah pun install PC Companion dan driver Xperia Z1 Compact pada komputer masing-masing (cucuk usb Xperia Z1 Compact dan biarkan 2-3 minit bagi membolehkan driver asas diinstall).

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Install Flashtool Driver Xperia Z1 Compact Pada Komputer. Pastikan anda menggunakan flashtool versi terbaru!. (Download Flashtool)

– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick pada Xperia Z1 Compact.

– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.

IKUTI TUTORIAL INSTALL DRIVER XPERIA PADA WINDOWS 8/8.1 YANG TELAH KAMI SEDIAKAN.

LANGKAH UPDATE XPERIA Z1 COMPACT KE ANDROID 4.4.4 Kit Kat

– Download firmware dan masukkan ke dalam folder Flashtool > firmware

Link 1- Xperia Z1 Compact  Android 4.4.4 Kit Kat – 14.4.A.0.108  (Mediafire)
Link 2- Xperia Z1 Compact  Android 4.4.4 Kit Kat – 14.4.A.0.108  (GDrive)

1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia Z1 Compact yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing dan tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here