Cara Root Xperia ZR Android 4.4 KitKat – Firmware 10.5.A.0.230

2
446 views
views

Cara Root Xperia ZR Android 4.4 KitKat – Firmware 10.5.A.0.230, sebelum ini kami telah pun keluarkan dua tutorial root Xperia Z dan Xperia ZL yang menggunakan android 4.4 KitKat firmware berakhir .230. Bagi meneruskan tutorial root kali ini, kami akan tunjukkan cara-cara untuk pengguna Sony Xperia ZR root smartphone masing-masing.

Cara Root Xperia Z Android 4.4 KitKat – Firmware .230
Cara Root Xperia ZL Android 4.4 KitKat – Firmware .230

Terdapat banyak kelebihan root yang telah pun kami sentuh dalam artikel sebelum ini dimana antaranya ialah ia membenarkan pengguna untuk membuang aplikasi asal (bloatware) atau aplikasi yang tidak dugunakan yang terdapat pada phone masing-masing.

Cara root Xperia ZR android 4.4 KitKat yang akan digunakan kali ini ialah menggunakan aplikasi TowelRoot yang sangat mudah dan tidak memerlukan komputer untuk melakukannya. Bagi anda yang berminat ikuti langkah-langkah dibawah :

1- Download file TowelRoot.apk dan masukkan kedalam phone anda.
2- Pada phone, pergi ke setting > about phone > dan tekan 7 kali pada build number untuk membuka Developer Option.
3- Pergi ke Developer Option dan aktifkan USB Debugging (tick).
4- Install aplikasi TowelRoot tadi.
5- Buka aplikasi TowelRoot dan tekan MakeItRain.
6- Tahniah, kini phone anda berjaya di root.
7- Kemudian buka Playstore dan install SuperSU.
8- Selesai

Untuk menyemak samada Xperia ZR anda telah benar-benar berjaya di root, install aplikasi root checker di Play Store dan semak menggunakan aplikasi tersebut.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here