Pengguna Xperia Z1 Compact hari ini mungkin boleh bergembira apabila kemaskini Android 4.4.4 Kit Kat dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Sony Mobile kepada para pengguna mereka. Kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu dan antaranya negara yang telah mendapat kemaskini tersebut ialah Indonesia, Russia dan Itali.
IKUTI TUTORIAL KEMASKINI XPERIA Z1 COMPACT KE ANDROID 4.4.4 KITKAT YANG TELAH KAMI SEDIAKAN
Android 4.4.4 KitKat dengan firmware 14.4.A.0.108 boleh mula dimuat turun melalui PC Companion dan bagi mereka yang tidak sabar untuk terima kemaskini tersebut, proses kemaskini boleh dilakukan secara manual menggunakan flashtool. Kami akan keluarkan tutorial dalam masa terdekat sebaik sahaja file FTF dikeluarkan.
Buat masa ini tiada senarai perubahan yang dikongsikan dan tidak dapat dipastikan samada ianya bermasalah ataupun tidak.
Mohd Shakir OTA dah smpai.
Kasi Hupdate Lah…hehehe
Xreti nk update..im noob..teach me masta.. 😀
Hahahaha…ala cek software updte je….noob lah sgt…
Firmware utk huawei ade tak??.
Kekekeke
Tak keluar lg pun update kat phone
keh keh…paling terawal dapat versi 4.4.4 samsung pun blm dpt lagi…:P
As Rim
Ade prob nak download flashtool sbb guna windows 8.. Even dah ikut cara nk install utk windows 8, still x dpt buat huhu sedih. Tunggu update kt phone jela~