Android 4.4.4 Kit Kat Dikeluarkan Secara Rasmi – Selesaikan Masalah Berkaitan Sekuriti

0
350 views
views

Android 4.4.4 Kit Kat telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Google bermula semalam. File “factory image” sistem operasi android terbaru itu boleh dimuat turun daripada halaman rasmi Google Developers dan mempunyai saiz sekitar 441 MB.

Tiada perubahan besar dapat dilihat dari segi antaramuka berbanding Android 4.4.3 yang dikeluarkan tidak lama dahulu. Kemaskini kali ini dikatakan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan tahap keselamatan pada sistem operasi android tersebut.

Pengguna siri Nexus seperti Nexus 5, Nexus 4, Nexus 7 dan Nexus 10 boleh muat turun firmware masing-masing dari halaman Google Developers dan kemaskini boleh dilakukan secara manual dengan cara “sideload” file ke dalam smartphone.

SUMBER | GOOGLE DEV | VIA XDA DEV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here