Selepas mengeluarkan kemaskini sistem operasi android untuk barisan Sony Xperia Z, Sony Mobile hari ini mengeluarkan kemaskini terbaru untuk aplikasi Walkman mereka untuk menjadikannya lebih stabil berbanding versi terdahulu.
Tiada sebarang perubahan ketara dapat dilihat dalam kemaskini kali ini terutama pada bahagian antaramuka aplikasi. Xperia Walkman 8.3.A.0.7 dikeluarkan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah bugs dan juga menyelesaikan masalah berkaitan volume yang wujud dalam kemaskini sebelum ini.
Bagi pengguna Sony Xperia, seperti biasa anda boleh mengemaskini melalui aplikasi Update Centre dan untuk pengguna smartphone lain, fail APK Xperia Walkman ini boleh di muat turun melalui link dibawah.
DOWNLOAD XPERIA WALKMAN 8.3.A.0.7
Xperia Walkman 8.3.A.0.7
Memang x de kat update center ke?
sepatutnya ada, tak sampai lagi kot.
mcm mna nak download cover art utk album n lagu?
support android versi berapa nih aplikasi?
Android 4.3 keatas.