Xiaomi MI3 Di Malaysia – Hanya 4000 Unit Akan Dijual Secara Rasmi

1
401 views
views

Xiaomi Mi3,  sebuah smartphone berspesifikasi tinggi yang menarik perhatian pengguna Malaysia memandangkan ia akan ditawarkan pada harga yang rendah iaitu RM889 untuk versi 16gb. Smartphone ini akan mula dijual secara rasmi oleh Xiaomi Malaysia pada 20 Mei akan datang melalui online store mereka.

Malangnya, dalam perkembangan terbaru, pihak Xiaomi Malaysia telah menyatakan bahawa hanya 4000 unit Xiaomi MI3 yang akan ditawarkan kepada pengguna 20 mei ini. Anda perlu bersiap sedia untuk membeli secara online jika berminat untuk mendapatkan smartphone tersebut pada harga RM899.

xiaomi-mi-3-malaysia-initial-batch-600x600

Smartphone ini sebenarnya telah pun ditawarkan oleh beberapa penjual tempatan sejak beberapa bulan yang lalu namun harga yang ditawarkan lebih mahal berbanding harga rasmi yang dinyatakan oleh pihak Xiaomi Malaysia. Anda boleh mendapatkan Xiaomi MI3 pada harga sekitar RM1050 untuk versi 16GB.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Xiaomi MI3 dilengkapi dengan sistem operasi MIUI V5 yang berasaskan android 4.3 Jelly Bean, prosessor quad-core Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz, 2GB ram, 13 megapiksel camera, 2 megapiksel di bahagian hadapan, skrin HD 1080p bersaiz 5 inci, memori terbina sebesar 16/64 GB dan 3050mAh lithium-ion battery.

Jika dilihat dari segi spesifikasi, ianya setaraf dengan kebanyakkan model flagship tahun lalu seperti Sony Xperia Z1 dan Google Nexus 5, namun ditawarkan pada harga yang sangat rendah menjadikan ia sebagai satu kelebihan utama yang terdapat pada smartphone ini.

SUMBER : XIAOMI MALAYSIA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here