Xiaomi Malaysia Bakal Tawarkan Kembali 5000 Unit Mi Power Bank 3 Jun Ini

1
471 views
views

Mi Power Bank bakal ditawarkan kembali kepada pengguna Malaysia buat kali ketiga selepas ditawarkan sebanyak dua kali beberapa minggu yang lalu. Menjadi antara produk paling laris disamping Xiaomi MI3, untuk pusingan ketiga ini, sebanyak 5000 unit Mi Power Bank akan ditawarkan kepada penggguna.

Anda boleh bersedia untuk mendapatkan produk tersebut pada 12 tengahari 3 Jun akan datang melalui laman web rasmi Xiaomi.Pastikan anda bersedia dengan akaun Xiaomi dan pembayaran boleh dilakukan melalui khidmat pembayaran PayPal.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi samada Xiaomi MI3 akan turut ditawarkan atau tidak seperti pusingan kedua yang lalu. Menyentuh mengenai soal kos penghantaran (shipping cost), penghantaran adalah percuma jika tempahan atau belian anda melebihi RM75 keatas.

SUMBER | XIAOMI MALAYSIA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here