Samsung Malaysia Menawarkan Samsung Galaxy Note 3 Neo Dengan Diskaun Harga 50% – Unit Terhad Mulai Esok

9
1,380 views
views

Samsung Galaxy Note 3 Neo, merupakan siri variasi kepada Galaxy Note 3 yang dilengkapi spesifikasi lebih rendah dan hampir menyerupai spesifikasi yang terdapat Galaxy Note 2. Diperkenalkan secara rasmi di Malaysia lebih kurang sebulan yang lalu, anda boleh mendapatkannya ada harga rasmi RM1699.

KEMASKINI 21 MEI 2014- Kesemua unit telah pun habis dijual tidak sampai sehari selepas promosi dijalankan.

Berita baik buat peminat Samsung dimana Samsung Malaysia hari ini menawarkan Samsung Galaxy Note 3 Neo dengan diskaun harga sebanyak 50% namun hanya bilangan yang ditawarkan sangat terhad. Anda boleh mendapatkan smartphone tersebut pada harga serendah RM850 sahaja dan hanya 20 unit ditawarkan di setiap kedai wakil samsung terpilih.

HARGA SAMSUNG GALAXY NOTE 3

Maklumat lanjut mengenai kedai yang terpilih dan lokasi mereka boleh dirujuk pada facebook page samsung Malaysia. Harus diingat bahawa promosi ini hanya akan berjalan selama 3 hari sahaja mulai hari ini ( 20 mei ) sehingga 22 mei akan datang.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi yang terdapat pada Galaxy note 3 Neo ini, ia dilengkapi dengan android 4.3 Jelly bean, Quad-core 1.3 GHz Cortex A7 & dual-core 1.7 GHz Cortex A15 Samsung Exynos 5260 processor, 2GB ram, 8MP camera, 16GB internal memory, skrin 5.5 inci 720p HD dan Li-Ion 3100 mAh battery.

SUMBER : FACEBOOK SAMSUNG MALAYSIA

Facebook Comments

9 COMMENTS

  1. apa beza samsung note 3 LTE dan samsung note 3 NEO? sy tgh survey, sama ada nk beli iphone 5S atau note 3… klu guna data plan cane, berbaloi x? tq

    • Note 3 LTE spesifikasi lebih hebat lebih mantap berbanding Note 3 Neo. Note 3 Neo lebih kurang macam Note 2 je spesifikasi dia. Guna data plan, Note 3 lagi bebrbaloi sebab besar n ada fungsi tambahan. tapi iphone pun not bad.

  2. Saya nak mntk pndapat yang mne lbh baik antara s4 dgn note 3 neo…tp sya lbh minat pada design note 3 neo….so boleh bgthu saya x kelebihan n kekurangan antara s4 dgn note 3 neo….

  3. saya menggunakan note 3 neo 15/8/2014..pada awalnya was2,bimbng perfomancenya xbrapa bagus,tp sangkaan silap..bole bg rating 9/10 tiada msalah.skg ni dah update kepada kitkat..tiada masalah freez ataupun hang..tiada complain note 3 neo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here