Samsung Galaxy Note 3 Neo Berharga RM850 Habis Dijual Dalam Masa Singkat – Promosi Berakhir

5
517 views
views

Samsung Mobile Malaysia baru-baru ini melancarkan promosi untuk Galaxy Note 3 Neo mereka dimana ia ditawarkan dengan potongan harga sehingga 50% bermula 20 Mei 2014 sehingga 22 Mei 2014. Walaubagaimanapun, hanya 1240 unit sahaja yang ditawarkan untuk seluruh negara dan setiap kedai samsung terpilih hanya menawarkan 20 unit kepada pengguna.

Tidak sampai sehari selepas promosi tersebut bermula, Samsung Mobile Malaysia melalui halaman facebook mereka mengumumkan kesemua unit Samsung Galaxy Note 3 Neo telah habis dijual sekaligus menamatkan promosi yang diadakan.

Beberapa pengguna dilihat tidak berpuas hati dengan cara promosi diadakan dimana ianya dikatakan tidak adil. Ada yang melaporkan walaupun telah menunggu serta berbaris sebelum jualan dimulakan, kesemua 20 unit Galaxy Note 3 Neo telah pun kehabisan stok dan ada yang telah disimpan untuk mereka yang menempah lebih awal. Ini menyebabkan ramai pengguna marah dan menuduh Samsung menipu dan tidak berlaku adil. (baca bahagian komen)

SUMBER | SAMSUNG MOBILE MALAYSIA

Facebook Comments

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here