Review Kelebihan Dan Kekurangan GPhone EVO – Smartphone Bajet Berkuasa Tinggi

16
3,292 views
views

Kelebihan dan kekurangan GPhone Evo, itu yang kami akan ulas dalam sesi review smartphone kali ini.GPhone bagi anda yang tidak biasa dengan jenama ini merupakan sebuah syarikat yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Pada tahun ini mereka memperkenalkan sebuah lagi smartphone baru yang berada dalam kategori berspesifikasi tinggi (high-end) iaitu GPhone Evo.

Dalam lambakan pelbagai model baru smartphone diperkenalkan, mampukah GPhone Evo meletakkan diri dalam persaingan untuk memikat hati pengguna?

SPESIFIKASI GPHONE EVO

gphone evo

VERSI ANDROID 4.2.2 JELLY BEAN
PROCESSOR/RAM 1.7GHz TRUE OCTA CORE PROCESSOR ( 8 CORE) + 1GB RAM
CAMERA 13MP + 5MP BAHAGIAN HADAPAN ( Autofocus, HDR, LED flash)
SAIZ SKRIN 5.0 inci HD Skrin (720p)
SAMBUNGAN WIFI , BLUETOOTH 4.0
BATTERY 2300mAh
BERAT  –
MEMORI 16GB INTERNAL MEMORI + SDCARD 32GB
SIM KAD DUAL-SIM
CIRI-CIRI LAIN 3G Video Call, Dual SIM,Premium Gift Box
PREINSTALL APPS  *PERCUMA GAMELOFT MODERN COMBAT 5
HARGA RM899
VIDEO REVIEW
ULASAN SPESIFIKASI GPHONE EVO

Jika dilihat dari segi spesifikasi, GPhone Evo berada di dalam kelas smartphone berspesifikasi tinggi (high-end) dilengkapi cip pemprosesan 8 teras (True Octa Core) berbeza dengan model jenama lain yang menggunakan cip pemprosesan Quad-core. Ini memberikan kelebihan utama kepada phone ini.

Walaupun didatangkan dengan android 4.2.2 Jelly Bean, pihak GPhone telah pun menjanjikan kemaskini Android 4.4 Kit Kat kepada pemilik smartphone ini bagi memastikan prestasinya sentiasa dalam keadaan terbaik dan memberi kepuasan kepada pengguna.

Anda akan turut memperolehi spesifikasi yang terdapat pada kebanyakkan model high-end yang lain seperti kamera 13 megapiksel di bahagian belakang, 5 megapiksel bahagian hadapan, 1GB ram, 16GB memori dalaman dengan sokongan memori kad sehingga 32GB, skrin HD bersaiz 5 inci, Bluetooth 4.0 dan bateri bersaiz 2000mAh.

REKABENTUK

Menyentuh mengenai soal rekabentuk, GPhone Evo menggunakan kemasan plastik pada bahagian badannya dan didatangkan dalam pilihan warna yang terhad iaitu warna hitam. Kami mengalami sedikit masalah untuk pegang smartphone ini dengan kemas menggunakan sebelah tangan memandangkan kemasan plastik di bahagian belakang yang sedikit licin.

Bersaiz 5 inci ianya agak besar jika hendak dibandingkan dengan saiz badan Google Nexus 5 dimana sedikit lebih tinggi dan lebar.Gphone Evo tidak menggunakan On Screen Button seperti kebanyakkan model smartphone lain dan anda boleh menjumpai butang navigasi (menu – home – back) smartphone ini di bahagian bawah.

ANDROID 4.2 JELLY BEAN + ANDROID 4.4 KIT KAT

Mungkin ramai antara anda beranggapan bahawa smartphone yang jarang dikenali selalu menghadapi masalah dalam menerima kemaskini sistem operasi terbaru dan kebiasaannya akan ditinggalkan tanpa kemaskini baru.Berbeza dengan GPhone Evo dimana pengguna akan mendapat kemaskini sistem operasi android terbaru dari pihak GPhone.

Android 4.4.2 Kit Kat merupakan versi terbaru sistem operasi Google Android dan pada awalnya, kami sedikit kecewa apabila mendengar smartphone ini dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean. Namun, kekecewaan tersebut terubat apabila pihak GPhone sendiri telah menjanjikan kemaskini android 4.4 Kit Kat untuk smartphone ini pada akan datang.

TRUE OCTA CORE MEDIATEK PROCESSOR

Sesuatu yang tidak harus anda pandang ringan, GPhone Evo dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru dan berkuasa tinggi dari MediaTek yang menggunakan cip 8 teras ( True Octa Core ) dilengkapi fungsi dan ciri-ciri khas. Berbeza dengan cip pemprosesan Exynos Octa Core yang diguna pakai oleh Samsung Galaxy S4, prosessor MediaTek ini menggunakan kesemua cip 8 teras padanya menjadikan sangat berkuasa.

MediaTek True Octa Core Processor in detail.

A photo posted by @soleheen_com on

Menurut pihak Mediatek, cip pemprosesan ini setanding dengan processor Qualcomm Snapdragon 800 dari segi ujian benchmark. Turut menyokong format video Ultra HD terkini termasuk 4K2K menjadikan pengalaman menonton video menggunakannya antara yang terbaik. Antara kelebihan lain yang terdapat pada prosessor ini ialah, ianya mampu menjimatkan bateri smartphone anda

Gabungan MediaTek True Octa Processor dan ram sebesar 1GB menjadikan smartphone ini antara smartphone dengan prestasi terbaik dalam kelasnya. Segala-galanya sangat pantas, smooth dan laju. Anda tidak akan mengalami sebarang masalah untuk melakukan “multi-task” bermain games dan pada masa yang sama menyemak email atau membalas mesej, ia tidak mengganggu permainan anda dan tiada lag.

Kami telah mencuba hampir kebanyakkan permainan berdefinisi tinggi (HD games) yang ada seperti Asphalt 8, Spiderman 2, XCOM Enemy Unknown ( HD games bersaiz hampir 4GB dengan grafik superb), Real Racing 3, Anomaly Korea 2 dan lain-lain. Apa yang mengejutkan ialah, pengalaman bermain games pada GPhone Evo (Ttrue Octa Core) lebih baik berbanding bermain menggunakan Google Nexus 5 ( Snapdragon 800) yang lebih cepat panas.

KAMERA 13MP + 5MP BAHAGIAN HADAPAN

Antara salah satu ciri-ciri smartphone high-end dilengkapi dengan kamera bermegapiksel tinggi.GPhone Evo dilengkapi kamera 13 megapiksel dan 5 megapiksel di bahagian hadapan. Kualiti yang terhasil menggunakan kamera smartphone ini pada waktu siang / keadaan bercahaya memang sangat-sangat memuaskan hati.

Kamera 5 megapiksel pada bahagian hadapan menjanjikan pengalaman mengambik gambar “selfie” pada tahap terbaik dan berkualiti sekaligus menjadikan ia sebagai smartphone wajib bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti tersebut.

RUPABENTUK ANTARAMUKA, FUNGSI TAMBAHAN

Jika beberapa model jenama lain menggunakan android skin sendiri ( OPPO – Color OS, XIAOMI – MIUI, DLL ) GPhone Evo menggunakan antaramuka menyerupai stock android tanpa sebarang perubahan (kecuali pada icon yang digunakan) menjadikannya tampak lebih kemas dan ringkas.

Sistem Operasi Android 4.2.2 pada smartphone ini turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan menjadikan prestasi nya sentiasa pada tahap terbaik.Antara yang paling menarik perhatian kami ialah fungsi penjimatan bateri ( Battery Saver mode ) yang sedia terbina di dalamnya.

Jika dilihat pada spesifikasi smartphone ini, ia didatangkan dengan bateri bersaiz 2000mAh. Mod penjimatan bateri yang terbina di dalam memang sangat membantu dalam menjimatkan bateri GPhone Evo.Anda boleh menetapkan sendiri tetapan yang diinginkan atau menggunakan mode sedia ada bagi membantu memanjangkan jangka hayat penggunaan bateri phone.

GAMELOFT MODERN COMBAT 5

Ketika pengenalan cip pemprosesan MediaTek True Octa Core Processor MT6592 pada penghujung tahun lalu, MediaTek mengatakan ia sempurna untuk sebarang aktiviti gaming dan turut menunjukkan demo Modern Combat 5 Alpha pada smartphone yang dipasang cip prosessor tersebut.

modern combat 5

 

Berita baik buat mereka yang membeli dan menggunakan GPhone Evo, pihak GPhone dengan kerjasama daripada MediaTek dan Gameloft, akan memberikan permainan Gameloft Modern Combat 5 secara percuma kepada anda. Permainan ini tidak sedia terbina di dalam ( pre-installed) memandangkan MC5 hanya akan dilancarkan pada bulan 5 ini dan link muat turun akan diberi sebaik sahaja ia dilancarkan kelak mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

BATERI 2000mAh

GPhone Evo didatangkan dengan saiz bateri yang agak kecil bagi kami iaitu hanya bersaiz 2000mAh. Ini menimbulkan tanda tanya kepada pengguna samada mampukah ia bertahan ketika penggunaan seharian. Walaupun didatangkan dengan bateri bersaiz kecil, GPhone Evo mampu bertahan kira-kira 15-16 jam dengan purata screen on time selama 2-3 jam. (penggunaan normal – mendengar lagu, surf internet, facebook, twitter, instagram, bermain games sekali sekala, etc etc ).

Kami tidak mengaktifkan mod penjimatan bateri sepanjang penggunaan untuk melihat sejauh mana prestasi bateri pada smartphone ini. Jadi anda boleh menjangkakan bateri nya boleh bertahan dengan lebih lama jika mod penjimatan bateri diaktifkan.

HARGA

Menyentuh mengenai soal harga, jika anda menjangkakan GPhone Evo berharga RM1000 dan keatas, anda silap. Pihak GPhone mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan smartphone high end mereka pada harga yang amat rendah dalam kelasnya. Pengguna boleh mendapatkan smartphone ini di pasaran pada harga rasmi RM899.

KESIMPULAN

Dalam kesimpulan untuk review kali ini, kami akan membahagikan kepada dua bahagian penting iaitu kelebihan dan kekurangan GPhone Evo bagi memastikan segalanya tampak lebih jelas sebelum anda membuat pilihan untuk mendapatkannya.

KELEBIHAN GPHONE EVO

1- Harga yang sangat murah. Pada harga kurang dari RM900 anda kini boleh mendapatkan sebuah smartphone high-end dengan prestasi terbaik dan tidak mengecewakan.
2- Bakal dikemaskini kepada Android 4.4 Kit Kat . Sesuatu yang sangat diharapkan pengguna iaitu kemaskini OS terbaru.
3- Antaramuka stock android + fungsi tambahan seperti Battery Saver benar-benar menjadi satu kelebihan buat GPhone Evo ini.
4- 1.7GHz True Octa Core MediaTek Processor. Sebuah cip pemprosesan yang sangat mantap dan sesuai untuk gaming dan hiburan.
5- Premium pakej, anda akan memperolehi cover percuma termasuk kabel USB OTG (On the Go) dan screen protector.
6- Kamera 13MP + 5MP juga merupakan kelebihan utama pada smartphone ini.
7- Gameloft Modern Combat 5 akan diberikan percuma kepada pengguna yang mendapatkan smartphone ini.

KEKURANGAN GPHONE EVO

1- Bateri bersaiz kecil, kami tidak menafikan bahawa ini agak mengecewakan walaupun prestasi ketahanan bateri berada pada tahap terbaik.
2- Ram 1GB
3- Kemasan plastik menjadikannya kelihatan “murah” disebalik prestasi dan spesifikasi hebat yang dimiliki.

Menyentuh soal kekurangan yang terdapat pada smartphone ini, ia bukan satu masalah besar buat anda. Harga rendah yang ditawarkan sebenarnya menjadikan kekurangan yang disenaraikan seperti tidak wujud. Tidak dinafikan, GPhone Evo perlu bersaing dengan beberapa model lain seperti Xiaomi, Lenovo, Motorola dan lain-lain, namun bagi kami ia berjaya menempatkan diri dalam kategori smartphone mampu milik yang harus anda pertimbangkan.

Skor kami ? 8/10 untuk sebuah model high-end akan tetapi diperkenalkan pada harga yang amat rendah. Apa yang kami boleh katakan ianya jauh lebih baik berbanding sesetengah model jenama terkenal lain seperti Xperia, Samsung Galaxy dan HTC.

16 COMMENTS

  1. yup, jenis processor sama..tak banyak beza antara dua ni tapi ketara sikit perbezaan tu.
    – kemaskini android (gphone dpt kit kat 4.4 nanti)
    – internal memori (16GB vs 4GB)
    – kelajuan processor (1.7GHz vs 1.APA PENDAPAT ANDA?

  2. pendapat sy xiaomi mi3 lebih jauh baik berbanding Gphone Evo ni…. harga xiaomi mi3 pada 20hb May adalah RM899.

  3. dah tengok sendiri gphone ni kat kedai..tokey sendiri p[un pakai..memang terbaek setakat ini dengan harga pun sangat berpatutan untuk high end phone … tengah tunggu duit beranak pinak hihihi

  4. Assalam, selain harganya murah adakah henset jenama Gphone ni tahan lasak? berbanding jenama yang terkemuka yang lain

    • Kalau dari segi tahan lasak,sama sahaja dengan model lain, cuma dari segi sokongan untuk kemaskini perisian android kurang sikit. Lagi pun model ni dah boleh dikira sebagai outdated.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here