Smartphone Nokia Android, Nokia X2 Bakal Diperkenalkan – Spesifikasi Lebih Baik Berbanding Nokia X

1
502 views
views

Nokia X merupakan smartphone android pertama milik Nokia, berada dalam kelas pertengahan ianya dilengkapi sistem operasi Android yang berbeza dari smartphone android lain. Tiada integrasi dengan Google dan perkhidmatannya, Nokia menguruskan sendiri smartphone tersebut termasuk menyediakan Nokia Store membolehkan pengguna memuat turun aplikasi pilihan sendiri.

Dalam perkembangan terbaru, Nokia yang kini berada di bawah Microsoft bakal memperkenalkan Nokia X2, generasi kedua Nokia X. Antara spesifikasi yang bakal digunakan ialah skrin bersaiz 4.3 inci, prosessor Snapdragon 200, 1GB ram, kamera 5 megapiksel di bahagian belakang, 4GB internal memory dan Android 4.3.

nokia-x2-c

Nokia X2 mungkin bakal menggunakan antaramuka yang sama seperti Nokia X yang diadaptasi daripada antaramuka Nokia Lumia. Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengatakan Nokia X2 bakal menjadi realiti memandangkan syarikat tersebut telah pun diambil alih sepenuhnya oleh Microsoft.

The Verge dalam laporannnya mengatakan bahawa Nokia tidak dibenarkan untuk menggunakan jenama Nokia sehingga 2015 kelak. Memetik laporan tersebut :

“Nokia itself is barred from using the Nokia brand on any mobile devices at all until December 31st, 2015.”

SUMBER | ANTUTU | VIA

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here