Motorola Moto G LTE Diperkenalkan – Menyokong Slot MicroSD

Selepas Motorola Moto E diperkenalkan, Motorola turut memperkenalkan Motorola Moto G LTE yang merupakan variasi baru kepada Moto G, sebuah smartphone bajet yang berjaya menarik perhatian pengguna di seluruh dunia kerana harga nya yang murah.

Moto G LTE, seperti namanya, dilengkapi sambungan LTE berbeza dengan model terdahulu yang hanya dilengkapi dengan sambungan 3G. Selain itu, Moto G versi terbaru ini turut menyokongan slot microSD sehingga 32GB namun masih mengekalkan harga yang sama.

moto-g-release-date-pre-order-specs-features-cases

Antara spesifikasi ringkas Moto G model terdahulu ialah

  • 1.2 GHz Quad-Core Qualcomm Snapdragon 400 Processor
  • 1 GB RAM
  • 4.5 Inch HD Touchscreen Display
  • 5 MP Rear Camera With LED Flash
  • 1.3 MP Front Camera
  • 3G
  • WiFi
  • Bluetooth v4.0
  • 2070 MAh Battery.

Selain terkenal dengan harga yang sangat murah, smartphone ini turut mempunyai ketahanan bateri yang mengkagumkan disamping menyokong fungsi dual-sim padanya. Motorola Moto G LTE mula ditawarkan pada harga $219 (RM710) di US dan akan dijual secara rasmi pada penghujung bulan Mei ini.

SUMBER | Android Authority

10 COMMENTS

  1. Xiaomi mi3 bakal masuk Malaysia dgn android 4.4 kitkat bulan ni, harga yang dianggarkan lebih kurang sama dgn moto G (artikel GSMArena), mana lg berbaloi ye mi3 vs moto G

  2. xiaomi lebih berbaloi sbb:
    Screen 5 inci FHD
    Quadcore 2.x Ghz Qualcomm S800
    Camera 13 MP
    dan bla bla bla

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here