Motorola Moto E Diperkenalkan Secara Rasmi

5
666 views
views

Motorola Moto E akhirnya diperkenalkan secara rasmi oleh Motorola selepas beberapa minggu maklumat mengenai nya tersebar di internet. Moto E dilengkapi dengan spesifikasi low-end dan diperkenalkan pada harga yang sangat rendah.

Antara spesifikasi smartphone ini ialah ia dilengkapi Android 4.4.2 Kit Kat, Dual-core Snapdragon 200 processor berkelajuan 1.2GHz, 1GB ram, memori dalaman 4GB (2.21GB usable), sokongan sdcard sehingga 32GB, skrin qHD bersaiz 4.3 inci, kamera 5 megapiksel dan bateri bersaiz 1,980mAh.

 

moto_e_flipkart

Motorola Moto E turut mempunyai ciri-ciri kalis percikan air (water splash proof), skrin Corning Gorilla Glass yang tahan calar, jaminan kemaskini android terbaru dan ketahanan bateri sepanjang hari. Smartphone ini mula ditawarkan pada harga $117 (RM380) mulai minggu hadapan namun tidak diketahui samada ia akan ditawarkan di Malaysia atau tidak.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here