Motorola Moto E vs Moto G, Motorola hari ini mencuri tumpuan pengguna android seluruh dunia apabila memperkenalkan dua model terbaru mereka iaitu Motorola Moto E dan juga Moto G LTE. Berada di dalam kelas low-end device, kedua-dua smartphone tersebut kelihatan hampir sama dan diperkenalkan pada harga yang sangat rendah.
Jadi apa perbezaan antara kedua-dua smartphone ini ? Untuk rekod, Motorola Moto G LTE baru sahaja diperkenalkan hari ini menjadikan terdapat 2 jenis Moto G di dalam pasaran kelak.
[table]MOTOROLA | MOTO E |
MOTO G |
Display | 4.3-inch 960 x 540 | 4.5-inch 1280 x 720 |
Processor | 1.2GHz dual-core Qualcomm Snapdragon 200 | 1.2GHz quad-core Qualcomm Snapdragon 400 |
RAM | 1GB | 1GB |
Battery | 1,980mAh | 2,070mAh |
Memori | 4GB (2.21GB usable) + Sokongan sdcard sehingga 32GB | 8/16 GB ( MOTO G LTE turut menyokong sdcard sehingga 32GB) |
Waterproofing | Water Splash proof | – |
Camera | 5MP | 5MP |
Software | Android 4.4.2 Kit Kat | Android 4.4.2 Kit Kat |
Motorola Moto E didatangkan dengan skrin yang sedikit lebih kecil dan mempunyai resolusi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Dilengkapi skrin bersaiz 4.3 inci dengan resolusi 960 x 540 ianya berbeza dengan Moto G yang mempunyai skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi HD 720p. Ini menjadikan perbezaan kualiti gambar yang agak ketara pada kedua-dua smartphone ini.
Kedua-dua Moto E dan Moto G mempunyai ram sebesar 1GB namun dilengkapi processor berlainan. Moto E mempunyai processor dual-core Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz berbeza dengan Moto G yang mempunyai processor quad-core Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz. Prestasi Moto G secara nyata akan sedikit lebih baik berbanding Moto E terutama dari segi proses multi-tasking dan bermain games namun tidak akan terlalu ketara buat pengguna biasa.
[heading size=”18″ margin=”30″]KAMERA[/heading]Kedua-dua Moto E dan Moto G dilengkapi kamera dengan saiz megapiksel yang sama iaitu 5 megapiksel namun apa yang membezakan antara keduanya ialah Motorola Moto E tidak mempunyai kamera hadapan. Moto G pula dilengkapi dengan kamera hadapan 1.3 megapiksel. Jika anda seorang yang gemarkan ber’selfie’, Moto E mungkin tidak sesuai buat anda.
[heading size=”18″ margin=”30″]KAPASITI MEMORI[/heading]Motorola Moto E didatangkan dengan memori terbina sebesar 4GB dan hanya 2.21GB tersedia untuk pengguna. Motorola mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan sokongan slot mikro-sd pada Moto E dimana ia menyokong sdcard sehingga 32GB. Bagi Moto G pula, untuk model lama, smartphone tersebut tidak mempunyai slot sdcard dan akan tetapi mempunyai memori terbina sebesar 8 dan 16GB. Motorola Moto G 4G LTE pula turut mempunyai kapasiti memori terbina yang sama namun dilengkapi slot sdcard yang menyokong sehingga 32GB menjadikan ia lebih baik berbanding Moto E.
[heading size=”18″ margin=”30″]SAIZ BATERI[/heading]Secara atas kertas, Motorola Moto E mempunyai saiz bateri yang sedikit lebih kecil berbanding Moto G iaitu hanya bersaiz 1980mAh. Moto G pula didatangkan dengan bateri bersaiz 2070mAh. Kami berpendapat , kedua-duanya akan mempunyai prestasi bateri yang sama memandangkan Moto E menggunakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Moto G menjadikan penggunaan bateri nya lebih rendah juga. Ia akan menjadi seimbang dari segi ketahanan bateri untuk kedua-dua model.
[heading size=”18″ margin=”30″]KESIMPULAN[/heading]Seperti dinyatakan diatas, tidak adil untuk dibandingkan antara kedua smartphone ini memandangkan kedua-duanya berada dalam kelas masing-masing. Artikel ini hanya lebih kepada panduan kepada anda untuk membuat keputusan samada untuk membeli Motorola Moto E atau menambah sejumlah kecil wang untuk membeli motorola moto G yang mempunyai spesifikasi lebih akan tetapi sedikit lebih mahal.
Nurul Ain