Motorola Moto E Lebih Pantas Berbanding Samsung Galaxy S5 – Tonton Video Perbandingan

13
969 views
views

Motorola Moto E vs Samsung Galaxy S5, satu perbandingan yang tidak wajar dilakukan dari setiap aspek memandangkan kedua-dua smartphone tersebut berada dalam kelas yang jauh berbeza. Moto E dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan manakala Samsung Galaxy S5 pula dilengkapi spesifikasi paling canggih buat masa ini.

Jika diteliti secara mendalam sekalipun satu-satunya kelebihan yang ada Motorola Moto E hanyalah pada sistem operasi yang digunakan. Moto E menggunakan Android 4.4.2 Kit Kat dengan antaramuka menyerupai stok android yang lebih ringan berbanding Galaxy S5 yang menggunakan antaramuka “TouchWiz”.

Seorang youtuber, Tom Rich telah menerbitkan video perbandingan Motorola Moto E vs Samsung Galaxy S5 dari segi kepantasan kedua-dua smartphone tersebut. Moto E kelihatan lebih baik dan lebih pantas ketika membuka aplikasi berbanding Galaxy S5 yang mungkin menjadi sedikit perlahan dan berat kerana Touchwiz yang ada padanya.

Ini tidak menjadikan Motorola Moto E sebuah smartphone yang lebih baik berbanding Galaxy S5 secara kesuluruhannya, namun ia masih kelihatan sebagai satu kelebihan yang boleh dipertimbangkan.

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here