5000 Unit Mi Powerbank Ditawarkan Semula 27 Mei Ini – Dapatkan Pada Harga RM36

0
323 views
views

Mi Powerbank merupakan antara produk Xiaomi paling laris disamping Xiaomi Mi3 mereka yang merupakan sebuah smartphone berspesifikasi tinggi. Mula ditawarkan secara rasmi kepada pengguna Malaysia pada 20 Mei baru-baru ini, kedua-dua produk habis dijual dalam masa 17 minit (4000 unit Xiaomi Mi3 dan 5000 unit Mi Powerbank).

Melihat kepada permintaan yang sangat tinggi, pihak Xiaomi Malaysia mengambil keputusan untuk menawarkan kembali Mi Powerbank kepada pengguna Malaysia pada 27 Mei 2014 akan datang. Sebanyak 5ooo unit akan ditawarkan pada hari tersebut dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya melalui laman web Xiaomi sendiri.

Pastikan anda bersedia dengan akaun Xiaomi dan pembayaran boleh dilakukan melalui khidmat pembayaran PayPal. Untuk rekod, Xiaomi Malaysia akan turut menawarkan kembali Xiaomi MI3 kepada pengguna Malaysia sebanyak 4000 unit pada hari yang sama nanti. Menyentuh mengenai soal kos penghantaran (shipping cost), penghantaran adalah percuma jika tempahan atau belian anda melebihi RM75 keatas.

SUMBER | XIAOMI MALAYSIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here