LG G3 Kini Rasmi – Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu?

LG G3 akhirnya dilancarkan secara rasmi semalam selepas beratus-ratus maklumat mengenainya tersebar menjadikan ia tidak lagi rahsia menjelang pelancarannya. Mempunyai rekabentuk terbaik pernah kami lihat pada sebuah smartphone, ia dilengkapi spesifikasi tinggi setaraf model-model terkini.

LG G3 SPECS, PRICE, RELEASE DATE MALAYSIA

Jadi apa yang membezakan LG G3 dengan beberapa model terkenal seperti HTC One M8, Galaxy S5, Xperia Z2 dan Oneplus One? Secara ringkasnya, LG berjaya menarik perhatian pengguna dengan menyertakan beberapa ciri-ciri yang menjadi kelebihan kepada android beast terbaru mereka dan membezakannya dengan model terkenal lain. Antaranya :

lg-g3

1- Skrin

Skrin pada LG G3 menjadi kelebihan utama buat smartphone ini disamping cip pemprosesan berkuasa tinggi. Didatangkan dengan skrin bersaiz 5.5 inci, ianya merupakan skrin Quad-HD dengan resolusi 2560 x 1440 pixels (538 ppi) menjadikannya sebagai skrin smartphone terbaik dan tercantik yang pernah dihasilkan buat masa ini.

Menggunakan skrin Quad-HD dengan ppi yang tinggi sudah tentu akan menggunakan kuasa yang banyak membuatkan kuasa bateri berkurang dengan cepat. Menyedari hal ini, pihak LG menggunakan bateri bersaiz 3000mAh pada LG G3 dengan harapan ia mampu bertahan untuk satu jangka masa lama walaupun menggunakan prosessor canggih dan skrin berdefinisi tinggi.

2- Kamera 13 Megapiksel + OIS + Laser Autofocus

Jika dilihat pada model flagship smartphone jenama lain seperti Sony Xperia Z2 dan Samsung Galaxy S5, kedua-duanya dilengkapi dengan kamera 20.1 Megapiksel dan 16 megapiksel yang ketara lebih baik berbanding 13 megapiksel pada LG G3 (saiz megapiksel sebenarnya bukan faktor utama sesebuah gambar menjadi cantik, namun masih memainkan peranan tersendiri).

Apa yang menarik perhatian kami ialah penggunaan Optical Image Stabilization Plus dan juga Laser Autofocus menjadikan proses fokus ketika mengambil gambar lebih pantas berbanding smartphone lain. Dual flash yang didatangkan bersama turut memberi kelebihan kepada kamera smartphone ini.

3- Rekabentuk

Antara perkara yang paling menarik perhatian kami ialah rekabentuk LG G3 yang tampak premium dan lebih menarik berbanding smartphone lain. Bezel bahagian tepi yang sangat tipis, rekaan gaya “arc” yang digelar “Floating Arc”, kemasan metal (badan LG G3 menggunakan bahan Polycarbonate bukan besi) menjadikannya sangat menarik dan mudah dipegang menurut LG.

Butang kuasa smartphone ini boleh dijumpai dibahagian belakang dan apa yang menariknya, walaupun bersaiz 5.5 inci dan mempunyai bateri yang agak besar, LG mengatakan ianya sangat ringan dan selesa untuk dipegang.

4- Ciri-Ciri Khas

Menjadi sebuah flagship phone tanpa ciri-ciri khas seakan tidak lengkap. LG G3 mempunyai beberapa ciri-ciri menarik yang diperkenalkan antaranya Smart Keyboard yang boleh diubah tetapannya mengikut citarasa anda dan juga belajar cara anda menaip, Smart Notice yang berfungsi seakan Google Now namun sedikit berbeza (sebagai contoh, Smart Notice pada LG G3 akan memberitahu anda supaya membawa payung sebelum keluar rumah jika cuaca hari tersebut bakal hujan), KnockON security system yang baru yang membenarkan pengguna untuk unlocked phone masing-masing berdasarkan code yang ditetapkan sendiri dan antaramuka Skin android LG yang diberi nafas baru, lebih flat dan menarik.

5- Harga Jualan / Tarikh Rasmi di Pasaran

Selepas diumumkan baru-baru ini, pihak LG mengatakan LG G3 akan dipasarkan ke 170 negara bermula dengan Korea akhir bulan ini namun masih berahsia dengan harga rasmi smartphone tersebut. Mengikut rekod, kali terakhir LG membawa masuk smartphone mereka ke Malaysia secara rasmi ialah LG Nexus 4 dan tiada lagi selepas itu. Untuk LG G3 kami tidak pasti samada ia akan ditawarkan di negara ini atau tidak.

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=_btdWhwH0wE”]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here