LG G3 Bakal Ditawarkan Di Malaysia – LG Electronics

2
611 views
views

LG G3, sebuah smartphone high end yang diperkenalkan minggu ini bakal ditawarkan di Malaysia. Hal ini disahkan sendiri oleh LG Electronics melalui twitter rasmi mereka ketika menjawab soalan salah seorang pengguna Malaysia.

Pihak Lowyat.Net telah pun menghubungi pihak LG Malaysia untuk pengesahan dan berita baik bagi yang menunggu ketibaannya, LG Malaysia telah pun mengesahkan bahawa ia akan ditawarkan secara rasmi kelak.

Walaubagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai tarikh pelancaran dan jualan smartphone tersebut. Menyentuh mengenai soal harga atau jenis model yang bakal ditawarkan kelak, juga masih tiada maklumat rasmi dikongsikan. Kami akan terus mengemaskini maklumat terbaru mengenainya sebagai panduan untuk anda.

Untuk rekod, LG G3 merupakan sebuah smartphone berspesifikasi tinggi dengan rekabentuk premium dan menarik dilengkapi pelbagai ciri-ciri khas antaranya Smart Keyboard, Smart Security (LG KnockON, Knock Gesture), Kamera dengan teknologi IOS+ dan Laser AutoFocus termasuk Smart Notice.

SUMBER | VIA

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here