Kemaskini Android 4.4 Kit Kat Untuk Xperia Z, ZL, ZR Dan Tablet Z Kini Rasmi – Sony Mobile

12
949 views
views

Akhirnya selepas beberapa lama menunggu, kemaskini android 4.4 kit kat untuk Xperia Z, ZL, ZR dan Tablet Z kini mula dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Sony Mobile bermula hari ini. Ianya dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu dan Sony walaubagaimanapun tidak menyatakan negara mana yang telah menerimanya.

Turut dinyatakan ialah perubahan yang diterima dalam kemaskini sistem operasi kali ini antaranya ialah

– Android 4.4 Kit Kat
– PS4 launch Animation & live wallpaper
– Status bar dan quick setting baru
– Aplikasi Sony dikemaskini kepada versi terbaru
– Kemaskini kepada aplikasi Album, Walkman, Movie dan lain-lain dengan integrasi kepada Sony Entertainment Network cloud service.
– Fungsi Stamina Mode yang ditingkatkan.
– Smart Social Camera, Sokongan Emoji dalam mesej.
– Sokongan Xperia Theme
– Kini menyokong SmartBand SWR10 dan Lifelog app
– DLL

Android-KitKat-4

Buat masa ini pengguna di Malaysia masih belum lagi menerima kemaskini yang dinyatakan dan kami menjangkakan ianya akan tiba tidak lama lagi. Anda boleh menyemak status kemaskini melalui PC Companion ataupun Sony Update Service. Beberapa pengguna di Paris dan juga UK menyatakan bahawa mereka telah pun mendapat kemaskini tersebut dan berkemungkinan file firmware nya akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

Kemaskini turut boleh dilakukan secara manual tanpa merosakkan warranti smartphone anda iaitu menggunakan Flashtool dengan cara flash firmware berkaitan melaluinya. Kami akan kemaskini tutorial tersebut sebaik sahaja file firmware ftf setiap phone dikongsikan.

SUMBER | SONY MOBILE

12 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here