HTC One M8 Prime – Bakal Hadir Dengan Fungsi Kalis Air, 3GB Ram

0
504 views
views

HTC One M8 merupakan antara smartphone terbaik masa kini dan bagi kami ianya lebih baik berbanding Samsung Galaxy S5 serta tampak lebih premium. Dilengkapi spesifikasi tinggi, ia telah pun dijual secara rasmi di Malaysia pada harga rm2399. Anda turut boleh mendapatkan HTC One M8 edisi pembangun (Developer Edition) dan juga Google Play Edition yang kini ditawarkan oleh TechBug kepada pengguna Malaysia.

Dalam satu perkembangan terbaru, HTC dikatakan bakal mengeluarkan HTC One M8 Prime yang dilengkapi spesifikasi lebih hebat dan rekabentuk yang lebih premium. Smartphone ini turut mempunyai ciri-ciri kalis air dan debu seperti yang terdapat pada barisan siri Sony Xperia.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, One M8 Prime bakal hadir dengan quad-core processor Snapdragon 805, 3GB ram, 5.5 inci skrin Quad HD dengan resolusi 1,440 x 2,560 pixels, 16/32GB memori terbina dengan sokongan sdcard sehingga 128GB. Smartphone ini dikatakan akan hadir dengan Android 4.4.3 Kit Kat dan kamera yang ditambah baik, bukan lagi 4 Utra Piksel yang terdapat pada model lama.

Kesemua info mengenai spesifikasi HTC One M8 Prime ini dikongsikan oleh Evleaks melalui akaun twitter miliknya dan buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengatakan ia sebagai info yang tepat. HTC dijangka akan memperkenalkan android beast terbaru mereka sebelum krismas akan datang.

SUMBER | EVELEAKS | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here