HTC One M8 Ace Vogue Edition Diperkenalkan -Kemasan Plastik, Kamera 13MP, 2.5GHz Snapdragon 801

0
308 views
views

HTC One M8 Ace Vogue Edition merupakan HTC One M8 versi kemasan plastik dan dijangka akan dipasarakan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding versi model asal HTC One M8. Smartphone tersebut hari ini dilihat mula dipaparkan secara rasmi di dalam laman web rasmi HTC China sekaligus memperkenalkan nya kepada umum.

HTC One M8 Vogue Edition ini dijangka akan dilancarkan pada 3 Jun akan datang dilengkapi spesifikasi tinggi seperti HTC One M8 2014 namun terdapat beberapa perkara yang membezakan antara keduanya. Smartphone ini tidak mempunyai kemasan aluminum pada bahagian badannya ataupun Duo camera 4 Ultra Pixsel.

Antara spesifikasi HTC One M8 Vogue Edition ini ialah ia dilengkapi Quad-core Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, kamera 13 Mega piksel dibahagian belakang, 5 megapiksel di bahagian hadapan, Boomsound speaker dan turut dilengkapi ciri-ciri khas seperti Extreme Power Saving Mode dan Motion Launch Gesture.

Masih mengekalkan rekabentuk seakan HTC One M7 2013, tidak banyak maklumat yang dikongsikan memandangkan smartphone ini hanya akan dilancarkan pada 3 Jun kelak. Menyentuh mengenai soal tarikh jualan dan harga rasmi yang bakal ditawarkan, sehingga kini tiada maklumat mengenainya.

SUMBER | VIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here