Harga Sony Xperia M2 Dual Di Malaysia

4
605 views
views

Harga Sony Xperia M2 Dual di Malaysia, smartphone ini merupakan antara smartphone terbaru milik Sony Mobile yag diperkenalkan bersama Xperia T2 Ultra , Xperia T2 Ultra Dual dan juga Xperia E1. Dilengkapi dengan spesifikasi pertengahan, ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Motorola Moto G.

Xperia M2 Dual dilengkapi processor Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, kamera 8MP, Android 4.3 Jelly Bean, 1GB ram, 8GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 32GB, skrin 4.8 inci dan bateri bersaiz 2300mAh.

Bagi yang tertunggu-tunggu akan kehadirannya ke Malaysia, berita baik buat anda dimana terdapat beberapa penjual telah mula menawarkan smartphone ini untuk pengguna Malaysia. Xperia M2 Dual mula ditawarkan pada harga RM859 model AP set (waranti dari penjual)  memandangkan pihak Sony Malaysia masih belum membawa masuk smartphone ini secara rasmi.

Dengan harga permulaan yang ditawarkan, Sony Xperia M2 perlu bersaing dengan beberapa model hebat lain seperti Motorola Moto G dan GPhone Evo yang mempunyai spesifikasi jauh lebih baik. Jadi berapa ramai antara anda yang akan mendapatkan smartphone ini ?

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here