Harga HTC One M8 Google Play Edition / Developer Edition – Kini Ditawarkan Techbug.My

1
437 views
views

Harga HTC One M8 di Malaysia telah pun diketahui umum minggu lepas selepas pelancarannya dibuat baru-baru ini. Anda boleh mendapatkan HTC One M8 versi 16GB pada harga rasmi RM2399 melalui penjual tempatan ataupun melalui telco Maxis. HTC One M8, merupakan smartphone terbaik buat masa ini dan bagi kami ianya lebih baik berbanding Samsung Galaxy S5.

Didatangkan dengan cip pemprosesan terbaru dan tercanggih buat masa ini dari Qualcomm, ia dilengkapi dengan prosessor Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz (Asia), mempunyai ram sebesar 2GB dan Android 4.4.2 Kit Kat. Mungkin ramai antara anda yang tidak tahu bahawa smartphone ini boleh didapati dalam 3 jenis model iaitu HTC One M8, HTC One M8 Developer Edition dan HTC One M8 Google Play Edition.

credit image : droid-life.com

Berita baik bagi anda yang inginkan kelainan, HTC One M8 Developer Edition dan juga Google Play Edition kini bleh didapati melalui Techbug.My yang turut menawarkan beberapa siri smartphone GPE lain seperti Xperia Z Ultra GPE, Motorola Moto X, Motorola Moto G GPE dan juga Nexus 5.

Jadi apa yang membezakan antara ketiga-tiga model ini ? Secara ringkasnya, HTC One M8 Developer Edition masih mengekalkan Sense 6 namun tidak dipenuhi dengan bloatware dan mempunyai bootloader yang telah di dibuka ( bootloader unlocked). Manakala bagi HTC One M8 Google Play Edition, anda akan mendapat sebuah smartphone yang dilengkapi dengan stock android 4.4.2 Kit Kat milik Google. Model ini akan turut menerima kemaskini secara langsung dari Google setiap kali Android baru dikeluarkan.

Ketiga-tiga model ini boleh didapatkan pada harga RM2699 versi 32GB dan untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh lawati laman web Techbug.My atau di facebook page mereka. Jadi apa pendapat anda mengenai smartphone ini ? Adakah berbaloi untuk dimiliki?

SUMBER | HTC ONE M8 DEVELOPER EDITION | HTC ONE M8 GOOGLE PLAY EDITION

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here