GO Launcher EX V5.0 Dikeluarkan – Versi Prime Diberikan Percuma Untuk Waktu Terhad

15
1,033 views
views

GO Launcher EX, merupakan antara salah satu launcher android terkenal dan telah dimuat turun oleh jutaan pengguna di seluruh dunia. Dilengkapi pelbagai fungsi, launcher ini turut boleh ubah mengikut selera pengguna selain menawarkan pelbagai pilihan tema yang boleh dimuat turun dari Play Store.

Didatangkan dalam 2 versi, anda turut boleh membeli GO Launcher Prime iaitu versi bebas iklan dan mempunyai fungsi-fungsi tambahan yang jauh lebih menarik berbanding versi EX. Pihak GO Launcher DEV Team hari ini mengeluarkan kemaskini terbaru untuk launcher mereka, versi 5.0 didatangkan dengan beberapa perubahan besar terutama dari segi antaramuka, fungsi dan juga kestabilan.

Sebagai menyambut kehadiran GO Launcher EX v5.0 ini, pihak GO Launcher DEV Team menawarkan versi Prime secara percuma kepada semua pengguna yang berminat untuk mendapatkannya. Antara kelebihan utama versi Prime ialah tiada iklan, fungsi untuk menetapkan password untuk setiap aplikasi dan fungsi “gesture” yang jauh lebih baik.

Untuk mendapatkan versi Prime secara percuma, anda perlu memuat turun GO Launcher EX terlebih dahulu dari Play Store dan kemudian masukkan code “appsales” atau “appszoom”. Pergi ke bahagian Preferences > About > dan masukkan code yang diberi tadi. Promosi ini sah sehingga 1 Jun 2014 akan datang.

15 COMMENTS

  1. Man Wayne nak tau dah berjaya ke tak, dia ada lambang diamond dekat atas sebelah preferences tu. Gesture ni fungsi dia kita just swipe untuk open apa2 task. cth, swipe 1 jari keatas untuk buka menu go launcher tu. boleh set dekat preferences.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here