Setiap flagship phone yang diperkenalkan akan didatangkan dengan ciri-ciri tersendiri termasuk wallpaper rasmi yang melambangkan smartphone tersebut. Seperti kebanyakkan smartphone flagship lain, LG G3 hadir dengan beberapa koleksi wallpaper nya tersendiri yang menjadi trademark kepada smartphone tersebut.
Menggunakan konsep ringkas dan menarik, terdapat kira-kira 10 wallpaper rasmi yang boleh dipillih. Bagi anda yang berminat link muat turun boleh dijumpai di bahagian bawah artikel.

Selain wallpaper, beberapa aplikasi rasmi daripada smartphone terbaru milik LG tersebut telah pun dikongsikan oleh pembangun di beberapa forum terkenal termasuk Xda Dev. Antaranya ialah aplikasi keyboard, LG G3 Home, LG G3 Easy Home dan koleksi ringtone serta notifikasi milik LG G3.
Untuk rekod, LG Malaysia dikatakan bakal membawa masuk smartphone ini secara rasmi kelak selepas disahkan oleh akaun twitter rasmi LG Electronics melalui jawapan kepada pengguna Malaysia di twitter.
SUMBER | VIA
lenovo s650 boleh upgrade ke kit kat tak…kalau boleh macam mana