Cara Update Xperia ZL Ke Android 4.4 Kit Kat – Firmware 10.5.1.A.0.283 (KEMASKINI)

14
1,513 views
views

Cara Update Xperia ZL Ke Android 4.4 Kit Kat | Untuk pengetahuan anda kemaskini android 4.4 Kit Kat untuk Xperia ZL telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Sony Mobile mulai minggu ini,namun hanya sesetengah negara (tidak termasuk Malaysia) yang menerima kemaskini tersebut buat masa ini.

*KEMASKINI 9 SEPTEMBER 2014 – SONY TELAH PUN MENGELUARKAN ANDROID 4.4.4 KITKAT KEPADA SIRI XPERIA Z

Bagi pengguna Malaysia , anda boleh kemaskini Xperia ZL masing-masing ke android 4.4 Kit Kat secara manual iaitu dengan menggunakan flashtool.Apa yang perlu dilakukan ialah download official firmware android 4.4 kemudian flash.Cara ini selamat dan tidak akan merosakkan warranty phone anda.

ARTIKEL INI HANYA UNTUK SONY XPERIA ZL C6502 / C6503 SAHAJA | SILA RUJUK BAHAGIAN XPERIA Z DAN XPERIA ZR UNTUK TUTORIAL TERKINI

Bagi yang berminat untuk mengemaskini phone masing-masing ke android 4.4 Kit Kat , ikuti langkah tutorial dibawah.Pastikan anda telah pun install PC Companion dan driver Xperia ZL pada komputer masing-masing (cucuk usb Xperia ZL dan biarkan 2-3 minit bagi membolehkan driver asas diinstall).

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Install Flashtool Driver Xperia ZL Pada Komputer. Pastikan anda menggunakan flashtool versi terbaru. (Download Flashtool) (Link Mediafire)

– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick pada Xperia ZL.

– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.

KEMASKINI 30 MEI 2014 – IKUTI TUTORIAL INSTALL DRIVER XPERIA PADA WINDOWS 8/8.1 YANG TELAH KAMI SEDIAKAN.

LANGKAH UPDATE XPERIA ZL KE ANDROID 4.4 Kit Kat

– Download firmware 10.5.A.0.230 Android 4.4 dan masukkan ke dalam folder Flashtool > firmware

C6503_10.5.1.A.0.283_Customized_RU Link 1
C6502_10.5.1.A.0.283_Customized_MY.ftf – Link 2

1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia ZL yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing dan tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

14 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here