Bagaimana cara install whatsapp, wechat dan aplikasi android pada komputer anda? Sebelum ini kami pernah menulis mengenai aplikasi Bluestack yang berfungsi sebagai sistem operasi android dalam komputer anda dan membolehkan hampir kesemua aplikasi android dijalankan pada komputer.
Namun antara kekurangan utama Bluestack ialah ianya kurang stabil dan memerlukan komputer dengan spesifikasi baik bagi memastikan ia dapat dijalankan dengan lancar. Bluestack memakan ram yang agak tinggi dan akan menjadikan komputer perlahan serta berat jika hanya mempunyai ram yang rendah.
VIDEO CONTOH
[youtube url=”http://youtu.be/ca-80bKnDIg”]Dalam bahagian kedua ini, kami akan ulas mengenai sebuah lagi perisian seumpama Bluestack yang jauh lebih baik, lebih ringan dan lebih mesra pengguna. Andy, sebuah perisian berasaskan android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka tablet merupakan perisian percuma yang harus anda cuba.
Mesra guna dan mudah untuk dipasang, apa yang anda perlu lakukan hanya memuat turun dan pasang pada komputer anda seperti biasa. Apabila selesai, masukkan butiran akaun Google anda untuk menggunakan Play Store yang sedia terbina. Bagi anda yang tertanya-tanya apa kelebihan perisian ini berbanding Bluestack dan Youwave, jadual perbandingan dibawah akan menjawab persoalan dalam minda anda.
Jadi bagaimana untuk memasang aplikasi android seperti whatsapp, wechat dan lain-lain pada komputer anda ? Ikuti langkah mudah dibawah.
– Download Andy.
– Install pada komputer anda.
– Buka perisian Andy yang diinstall tadi.
– Masukkan butiran akaun Google anda.
– Buka Play Store, muat turun dan install aplikasi atau permainan yang dingini.
– Selesai.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, file perisian ini boleh didownload melalui pautan link dibawah. Pastikan anda mempunyai ram yang mencukupi untuk menjalankan perisian ini. Sekurang-kurangnya 4GB ram dan keatas bagi memastikan ia dapat berjalan tanpa sebarang masalah.
SUMBER | ANDY
CAMNE ?
Muhammad Sadiq check artikel yang ditulis, dah diterang di bahagian bawah.
Boleh pakai akaun yang sama ke utuk whatsapp?
tak boleh, kalau dah guna nombor tu dekat phone.
x bleh bkk link
Farhan Az link mana bos? kami try boleh je.
Salam… bos, mmg x leh downlod la, npe ye?
Andy version for Mac & Linux is due end of May 2014, if you want to join the beta testers please email eyal@zakosolutions.com or please visit us again soon.
kalau untuk mac .. caranya sama jugak ke? boleh download link yang sama ke? mohon pencerahan . Terima kasih
yup ANdy sesuai untuk mac jugak, boleh check hompage diorang.
NOT FOUND juga 🙁
not found macam mana tu?
memang berat software 368MB ye bro.?
yup. memang saiz tu.
aik kenapa tak dapat nie
tak bole !
tak boleh macam mana tu?
Tak boleh bukak Andy — Download lama lama nak dekat sejam x leh bukak — Apa ni ?
Tk bole
nk dekat sejam , takde pon -_-
asl xleh buka
kenapa sya dapat buat akaun wechat dan password.
*tak dapat buat akaun wechat kat hp
dah dwload andy tp bila nak bukak andy dia kata andy is already running…lepas tu x boleh wat apapun
salam. dah boleh bukak. tp nak taw la mcm mana nak set untuk stop auto application download. bluestack saya automatic download applicaion. camner eh? terima kasih.