Aplikasi Kamera Dari OnePlus One Di Port Kepada Nexus 5 – Download CameraNext.Apk

2
565 views
views

OnePlus One merupakan sebuah smartphone yang menjadi sebutan sejak diumumkan secara rasmi baru-baru ini. Dilengkapi sistem operasi khas CyanogenMod 11S, ia mempunyai pelbagai ciri dan fungsi khas yang tidak terdapat pada mana-mana sistem android lain termasuk custom rom. CM 11S direka khas untuk OnePlus One sahaja dimana ia berbeza daripada rom cyanogenmod yang ada pada hari ini.

Antara perkara baru yang ada pada CM 11S ialah aplikasi kamera nya yang dikenali sebagai Camera Next menampilkan antaramuka flat dan lebih mudah untuk digunakan. Berita baik buat pengguna Nexus 5, anda kini boleh memasang dan mencuba aplikasi kamera OnePlus One pada smartphone masing-masing.

Para pembangun android telah pun berkongsi file apk CameraNext Cyanogenmod 11S dan ianya boleh dipasang pada Nexus 5 yang menggunakan custom rom seperti rom CyanogenMod Nightly, MahadiRom dan beberapa rom lain yang berasaskan Cyanogenmod.

Untuk lebih kepastian, antara rom yang menyokong aplikasi kamera ini ialah CM 11, Mahdi rom, Slimkat, AICP dan Carbon. Link download telah pun kami kongsikan di bahagian akhir artikel ini.

DOWNLOAD CAMERA NEXT.APK – SUMBER

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here