Aplikasi Android Terbaik : Super Backup – Backup Kesemua Data Anda Melalui 1 Aplikasi

0
339 views
views

Aplikasi Android Terbaik pilihan kami kali ini ialah Super Backup, sebuah aplikasi yang boleh melakukan tugas backup pelbagai data smartphone dengan mudah melaluinya.

Menggunakan Super Backup akan menjimatkan masa serta memori smartphone dimana anda tidak perlu memasang 2,3 aplikasi lain untuk backup data yang berlainan. Sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel tentang cara backup data telefon pintar anda yang boleh dilakukan melalui beberapa cara namun agak leceh (rujuk link).

Mempunyai antaramuka yang sangat ringkas, Super Backup amat mudah untuk digunakan dan anda boleh memilih untuk menyimpan data backup pada sdcard / memori dalaman atau pada akaun gmail anda. Antara fungsi yang ditawarkan :

– Backup data aplikasi ke sdcard (memerlukan akses root pada smartphone)
– Backup & Restore SMS, Contact, Call logs, Bookmarks, Calendar ke/dari sdcard. (akses root tidak diperlukan)
– Memilih SMS tertentu untuk dibackup ke sdcard.
– Fungsi automatik backup yang boleh dijadualkan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan boleh didapati dalam 2 versi iaitu free dan berbayar (pro version tanpa iklan). Harus diingat, jika smartphone anda tidak mempunyai memori kad, secara default, data backup akan disimpan di dalam internal memori.

Ia akan hilang jika anda melakukan factory reset/ wipe data. Pastikan anda memindah folder data backup tersebut ke tempat yang selamat dan masukkan kembali ke dalam memori selepas proses selesai untuk tujuan simpanan kembali (restore). Jangan lupa untuk melihat koleksi Aplikasi Android Terbaik pilihan kami sebelum ini.

MUAT TURUN APLIKASI SUPER BACKUP (PLAY STORE)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here