Android 4.4 Kit Kat Untuk Xperia T2 Ultra, M2 Dan Juga Xperia E1 Bakal Hadir Julai Ini

Sony Mobile bermula minggu ini telah pun mengeluarkan kemaskini Android 4.4 Kit Kat untuk Xperia Z, ZL, ZR dan juga Xperia Tablet Z dimana ianya dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu. Kami telah pun mengeluarkan tutorial kemaskini secara manual untuk Xperia Z sebagai panduan untuk mereka yang berminat.

Berita baik buat pengguna Sony Xperia T2 Ultra, Xperia M2 dan juga Xperia E1, pihak Sony turut menyatakan bahawa ketiga-tiga model Xperia tersebut akan turut menerima kemaskini yang sama pada bulan Julai akan datang. Malangnya, tiada sebarang info lanjut yang dikongsikan bersama oleh Sony Mobile mengenai kemaskini tersebut.

xperia-e1

Apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah cuma tunggu dan lihat dan kami akan kemaskini artikel ini sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here