Review SlickWraps Body Wraps : Sticker Berkualiti Tinggi Untuk Smartphone Anda

2
1,214 views
views

Memasang sticker pada smartphone kini mula menjadi trend di kalangan pengguna yang inginkan kelainan pada rupabentuk smartphone mereka.Antara yang menjadi pilihan utama kami ialah sticker daripada slickwraps.com yang menawarkan sticker smartphone berkualiti tinggi dan berbaloi untuk dimiliki.

Kami telah pun mencuba salah satu jenis sticker yang ditawarkan oleh Slickwraps untuk Google Nexus 5 yang menyerupai permukaan kayu dan apa yang dapat kami katakan ialah ia sangat cantik serta menarik untuk smartphone anda.

Sticker ini boleh dibeli daripada laman web rasmi Slickwraps.com pada harga berpatutan dan terdapat berpuluh jenis corak pilihan untuk smartphone anda termasuk jenis Glow in the Dark bagi mereka yang inginkan kelainan pada smartphone masing-masing.

Wooden Nexus 5. #Nexus5 #soleheendotcom

A photo posted by @soleheen_com on

Setelah mencuba nya, apa yang kami dapat katakan ialah sticker ini sangat mudah untuk dipasang, berkualiti tinggi dengan tekstur yang selesa dipegang, tidak mudah tercabut dan melekat kuat pada permukaan smartphone anda.Apa yang menariknya, anda akan turut memperolehi screen protector berkualiti tinggi daripada slickwraps bersama-sama dengan sticker untuk phone yang anda pilih.

Video ringkas mengenai sticker slickwraps ini telah pun kami upload pada youtube rasmi soleheen.com dan anda boleh melihat sendiri bagaimana ianya kelihatan selepas dipasang.Sangat menarik! Bagi yang berminat anda boleh mendapatkan nya daripada laman web rasmi Slickwraps.com dan penghantaran percuma bagi mereka yang membuat pembelian melebihi $25.

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here