OnePlus One Cyanogen Bakal Diperkenal – CM11, 3GB Ram, 2.5GHz Snapdragon 801

5
586 views
views

OnePlus One Cyanogen merupakan antara smartphone canggih yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi menggunakan sistem operasi custom rom CyanogenMod 11 berasaskan Android 4.4.2 Kit Kat. OnePlus merupakan syarikat yang diusahakan oleh bekas pekerja OPPO dan kini berkerjasama dengan CyanogenMod untuk menghasilkan smartphone dengan spesifikasi tinggi.

Spesifikasi yang bakal digunakan oleh smartphone ini setaraf dengan model-model terbaru jenama terkenal seperti Xperia Z2 , HTC One M8 dan juga Galaxy S5.Antara spesifikasi ringkas OnePlus One Cyanogen ini ialah :

– CyanogenMod 11 OS (Android 4.4.2)
– Quad-core 2.5GHz Snapdragon 801 + Adreno 330
– 3GB ram
– Skrin HD 5.5-inch 1080p display
– Kamera 13MP
– Bateri bersaiz 3100mAh

Jika dilihat dari segi spesifikasi, ianya setaraf dan lebih baik dari segi beberapa perkara.Antara perkara yang menarik perhatian kami ialah sistem operasi yang bakal diguna pakai iaitu rom CyanogenMod 11, sebuah rom menyerupai stock android akan tetapi dilengkapi fungsi tambahan yang jauh lebih baik.Kami telah pun melakukan review OPPO N1 CM Edition yang merupakan smartphone pertama menggunakan rom CyanogenMod dan sangat kagum dengan prestasi nya.

Menyentuh mengenai soal kamera, OnePlus One Cyanogen dilengkapi kamera 13MP dengan teknologi lensa SONY membantu ia mengambil gambar terbaik berkualiti tinggi.Beberapa keping gambar contoh dari kamera milik smartphone ini telah pun tersebar dan kualiti yang terhasil memang mengkagumkan.

Menyentuh mengenai soal harga, pihak OnePlus menjanjikan harga pasaran smartphone tersebut tidak akan melebihi $500 dan berkemungkinan akan dipasarkan pada harga sekitar $400-$450 kebawah.Ini bagi memastikan OnePlus One Cyanogen ini mampu bersaing dengan model-model terkenal yang lain.Smartphone ini akan dilancarkan pada 23 April akan datang namun tidak diketahui negara mana yang akan mendapatnya terlebih dahulu.

Jadi apa pendapat anda mengenai android beast sebenar ini ? Adakah anda ingin mendapatkannya jika berpeluang?

Sumber | Via

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here