OnePlus One Cyanogen merupakan smartphone terbaru yang dilengkapi dengan sistem operasi Cyanogenmod 11S sebuah OS yang dikhaskan untuk smartphone tersebut.Selain CM11S, OnePlus One turut dilengkapi dengan spesifikasi tinggi setaraf Samsung Galaxy S5, HTC One M8 2014, Sony Xperia Z2 dan lain-lain.
Menggunakan processor Snapdragon terkini iaitu Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz + Adreno 330, OnePlus One turut dilengkapi ram sebesar 3GB, kamera 13 megapiksel (Sony Exmor R Sensor) dengan kebolehan rakaman 4K dan kamera 5MP dibahagian hadapan.Bagi memastikan ia mampu bertahan lama ketika penggunaan, smartphone ini dilengkapi dengan bateri bersaiz 3100mAh.
Menggunakan rom khas Cyanogenmod 11S yang mempunyai antaramuka minimal dan flat. Ia turut mempunyai theme engine dengan pelbagai tema dan icon khas untuk smartphone ini. Secara asasnya, ia mempunyai antaramuka stock android 4.4 Kit Kat namun anda boleh mengubah mengikut tema yang disediakan.
SPESIFIKASI LENGKAP ONEPLUS ONE
Display | 5.5-inch LTPS IPS with TOL display, 1080p (1920 x 1080), 401 ppi. |
Processor | 2.5 GHz quad-core Snapdragon 801 Adreno 330 |
RAM | 3 GB |
Storage | 16/64 GB, no expansion |
Camera | 13 MP rear LED flash, Sony Exmor RS sensor, 6p lens, f 2.0, 4K, HDR 5MP front, f 2.0, 80 degrees field of view |
Battery | 3,100 mAh |
Connectivity | GPS, GLONASS, microUSB 2.0, Wi-Fi a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1, NFC |
Networks | GSM/WCDMA/FDD-LTE/TD-LTE |
Software | CyanogenMod 11S based on Android 4.4 Kitkat |
Dimensions | 152.9 x 75.9 x 8.9 mm 162 grams |
Colors | Silk White/Sandstone Black |
OnePlus One didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Silk White dan Sandstone Black dan kemasan pada bahagian badannya menggunakan magnesium, menjadikan ia sebagai smartphone 5.5 inci teringan dalam kelasnya.Pihak OnePlus pada awalnya cuba menggunakan stainless steel dan aluminum sebagai bahan kemasan, akan tetapi menukarnya kepada magnesium untuk menjadikannya lebih ringan.
Pada bahagian bawah smartphone ini dilengkapi dengan Dual Audio Speaker + teknologi dari syarikat audio terkenal, JBL, menjanjikan pengalaman audio terbaik untuk pengguna. Apa yang menarik ialah, anda boleh menukar bahagian cover belakang smartphone ini dengan cover khas dikenali sebagai StyleSwap.
Menyentuh mengenai soal harga dan tarikh jualan di pasaran, OnePlus One akan mula dijual pada harga yang kami sendiri tidak menjangkakannya. Pengguna boleh mendapatkan OnePlus One pada $299 (RM980) untuk versi 16GB dan $349 (RM1200) untuk versi 64GB.
Malangnya, buat masa ini masih tidak diketahui tarikh jualan rasmi smartphone ini dan setakat ini antara negara yang akan menerimanya ialah Austria, Belgium, Canada, Denmark, Finland, France, Germany, Hong Kong, Italy, Netherlands, Portugal, Spain, Sweden, Taiwan, UK dan USA.Pihak OnePlus juga buat masa ini masih belum membuka jualan kepada pengguna umum dan hanya mereka yang mempunyai jemputan khas boleh mendapatkannya.
Zubir Ahmad.. thor baek.. tp mcm xmasok Malaysia je..XD
Wan Muhamad Saufi memang tak masuk malaysia, buat masa ni OnePlus tak buka jualan untuk umum lagi..kalau dah confirm buka, mungkin rakan kami di TechBug akan bawak masuk..kami akan kemaskini latest info berkenaan phone ni.
aduhhh dah jatuh ati laa dgn smartfon ni..huihui..
Bole masuk sd card ke ?
Muhd Nabil Cool malangnya, takde sokongan sdcard.hanya internal memori 16/64GB
Spec gempak… Harge murah… Pehhh
Hebat
Hakim Azaki Hairi Haji Azaki ni ok
Tapi lemahnya takleh masuk memori card…
Tak tahu la..se jela cendeng takleh letak memory card..huhhuhu ke guane Alimran Mza
Bli 64gb pun dah kire cukup sgt bg aku xyah memory card
begitulah perancangannya 🙂
Tggu TechBug update. Terus beli. Serious lama tggu nak beli hp baru 😀
root zte aqua melalui smart fon bole ker admin?
Ruud Van Zal Daud
Afiq Asyraf
aduh mcm mne niew… da terjatuh hatila gn model niew.. soleheen.com plz b inform me law msuk m’sia..
Xperia m2 bla rasmi di malaysia ? Bpe harga dia
wah cyanogenmod tuuuu ! bile nk masuk pasaran kt malaysia ?
Bercadang utk mendapatkannya bagi menggantikan htc one m7 yg ada sekarang tapi adakah ianya berbaloi?
Sangat2 berbaloi bos.