Ninetology Plane Livery – Menjelajah Ke ASIA

0
443 views
views

Ninetology kini setapak kehadapan apabila melancarkan kempen terbaru mereka iaitu Ninetology Plane Livery baru-baru ini bertempat di Sepang.Kempen tersebut menyasarkan untuk memperkenalkan jenama Ninetology ke pasaran Asia dimana kapal terbang Air Asia digunakan sebagai simbolik pengenalan jenama tersebut ke Asia untuk tahun 2014 ini.

Ninetology merupakan sebuah syarikat teknologi smartphone Asia yang tidak asing lagi di Malaysia dan untuk tahun 2014 mereka akan mengembangkan sayap ke 3 buah negara baru iaitu Filipina, Thailand dan juga Vietnam menyasarkan keuntungan sebanyak RM380 million .

Mengikut rekod, Ninetology berjaya menembusi pasaran Indonesia dan menjalinkan kerjasama dengan artis terkenal antarabangsa iaitu Agnes Monica yang merupakan pemegang saham terbesar di dalam Ninetology.Pihak Ninetology menyatakan sehingga September 2013 lebih kurang 1 juta unit smartphone mereka telah pun terjual.

GALERI GAMBAR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN

Dalam acara tersebut juga, Ninetology turut melancarkan kempen terbaru mereka iaitu “so WOW for all” yang akan berjalan sepanjang tahun ini.Kempen tersebut bertujuan untuk memperkenalkan orang kepada model-model baru Ninetology dan membuatkan mereka berasa teruja dengan smartphone tersebut.

U9J1-2Turut dilancarkan pada hari tersebut ialah model terbaru Ninetology iaitu Ninetology U9J1, sebuah smartphone dalam kategori low-end yang diperkenalkan pada harga yang sangat rendah iaitu berharga RM199.Dilengkapi Android 2.3 Gingerbread , antara spesifikasi lain smartphone ini ialah 1GHz Dual-core processor, skrin tft bersaiz 3.5 inci, 512mb ram, sokongan sdcard sehingga 32GB, 2Megapixel camera pada bahagian belakang, VGA camera pada bahagian hadapan, dan bateri Li-ion 1300mAh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here