Motorola Moto E Bakal Diperkenal – Android 4.4 Kit Kat, 1.2GHz Dual Core

2
527 views
views

Motorola Moto E merupakan sebuah lagi smartphone yang bakal diperkenalkan oleh Motorola pada harga yang jauh lebih murah berbanding Motorola Moto G.Maklumat mengenai smartphone ini dikongsikan oleh blog teknologi BrazilĀ Tecnoblog.

Berada di dalam kelas “low-end device” (spesifikasi rendah), Motorola Moto E dilengkapi dengan dual-core processor berkelajuan 1.2GHz, Android 4.4 Kit Kat, 1GB ram, bateri 1900mAh, sokongan dual-sim, memori dalaman 4GB , kamera 5MP dan skrin HD bersaiz 4.3 inci.

Spesifikasi yang dikatakan milik Moto E

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi dikongsikan oleh Motorola mengenai pelancarannya atau tarikh jualan smartphone tersebut.Motorola sebelum ini memperkenalkan Moto G, sebuah smartphone terbaik dalam kelas pertengahan dengan ketahanan bateri yang sangat mengkagumkan.

Jadi apa pendapat mengenai Moto E ini ? Adakah ia mampu mengulangi kejayaan Moto G ?

SUMBER | VIA

2 COMMENTS

  1. assalam..boleh bagi pendapat.saya nak cri phone yg boleh install game banyak dan yg skrin agak besar.tp x nak tablet.sekarang saya guna lenovo a850.mmry phone die 2gb.baru download game asphalt 8 dah x boleh download game lain.minta bg pendapat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here