HTC One M8 Baru Akan Diperkenalkan – Menggunakan Kemasan Plastik, Lebih Murah

0
405 views
views

HTC One M8, merupakan antara smartphone terbaik ketika ini yang dilengkapi spesifikasi tinggi serta rekabentuk premium dengan kemasan aluminum pada bahagian badan smartphone tersebut.Harga yang ditawarkan juga agak premium dimana anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM2599 untuk AP set ditawarkan oleh penjual tempatan (HTC One M8 masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia).

Dalam perkembangan terbaru, HTC dilaporkan akan memperkenalkan HTC One M8 versi harga yang lebih rendah iaitu model yang menggunakan kemasan plastik pada bahagian badannya.Langkah ini diambil bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat HTC untuk mendapatkannya.

Baca : Harga HTC One M8 Di Malaysia

Apa yang menariknya, walaupun kemasannya ditukar kepada plastik, tiada sebarang perubahan spesifikasi yang akan dilakukan bermaksud anda akan masih mendapat sebuah smartphone yang dilengkapi dengan Android 4.4.2 Kit Kat, prosessor Quad-core Snapdragon 801 berkelajuan 2.3GHz, 2GB ram, 4 Ultra Pixel Duo Camera dan bateri 2600mAh.

Sejauh mana harga antara kedua-dua versi ini berbeza? Laporan menyebut bahawa HTC One M8 versi plastik ini akan mula dijual pada harga $483 (RM1600) berbanding $700 (RM2300) untuk versi aluminum.Smartphone ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan hadapan.

Jadi apa pendapat anda mengenai langkah HTC memperkenalkan model mereka pada harga jauh lebih rendah?

Sumber | Via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here