Harga Sony Xperia Z2 Di Malaysia

13
2,851 views
views

Harga Sony Xperia Z2 Di Malaysia, mungkin ramai antara pembaca kami yang tertanya-tanya mengenai harga sony xperia z2 di Malaysia, salah sebuah smartphone premium terbaik di dalam kelasnya.Layak digelar sebagai Android Beast, Sony Xperia Z2 merupakan antara smartphone dilengkapi dengan spesifikasi canggih dan memiliki rekabentuk premium dengan kemasan kaca pada bahagian badannya.

Menyentuh mengenai soal harga, sehingga kini tiada maklumat dikongsikan oleh Sony Malaysia mengenai harga dan tarikh jualan rasmi smartphone tersebut namun apa yang menarik ialah terdapat beberapa penjual tempatan yang telah mula menjual Sony Xperia Z2 kepada umum.

Antara info yang kami perolehi, Xperia Z2 dijual pada harga RM2499 untuk model AP set (waranti daripada penjual) namun ianya ditawarkan dalam kuantiti terhad.Storekini milik LowYat.net pula membuka tawaran pra-tempahan bagi mereka yang berminat pada harga RM2399 dimana pembeli akan turut menerima pelbagai aksesori percuma.

Sony Malaysia menyenaraikan Sony Xperia Z2 sebagai “akan datang” pada laman web rasmi mereka dan kami menjangkakan harga jualan smartphone terbaik milik Sony ini ialah pada harga RM2399.Beberapa artikel mengenai ciri dan spesifikasi Xperia Z2 boleh dirujuk pada bahagian kategori smartphone dimana kami telah menyentuh beberapa aspek mengenainya.

Jadi apa pendapat anda mengenai harga yang bakal ditawarkan untuk smartphone ini ?

Sumber | StoreKini | DirectD | SatuGadget

Facebook Comments

13 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here