GPhone Evo Dilancarkan Secara Rasmi – Dilengkapi Prosessor MediaTek 1.7GHz True Octa Core

4
772 views
views

GPhone Evo mungkin ramai antara anda yang tidak pernah mendengar mengenai jenama GPhone ini memandangkan syarikat smartphone dari Thailand ini baru bertapak dalam pasaran Malaysia.Gphone Evo merupakan smartphone terbaru daripada mereka yang berada dalam kelas high-end smartphone.

Dilengkapi spesifikasi canggih antaranya menggunakan prosessor MediaTek True Octa Core ( 8 Core )berkelajuan 1.7GHz, 720p HD skrin bersaiz 5inci, 1GB ram, 16GB memori dalaman dengan sokongan sdcard sehingga 32GB, kamera 13MP di bahagian belakang dan 5MP pada bahagian hadapan, sokongan dual sim dan bateri bersaiz 2000mAh.

Apa yang menarik mengenai GPhone Evo ini ialah walaupun dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, ia ditawarkan pada harga yang sangat rendah iaitu RM899 dan boleh mula didapati pada minggu hadapan.Buat masa ini, GPhone Evo hanya akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja.

Walaupun didatangkan dengan android 4.2.2 Jelly Bean, pihak GPhone telah pun mengesahkan bahawa smartphone ini akan dikemaskini kepada Android 4.4 Kit Kat bagi memastikan kepuasan pengguna terjamin.Antara ciri-ciri menarik yang ada pada GPhone Evo ini ialah

– Sangat ringan
– Gameloft Modern Combat 5 percuma esklusif untuk pengguna GPhone Evo
– Menyokong HD video dengan format terkini (High Effeciency Video Coding H.265, Google VP9)
– True Octa Core Processor yang menjimatkan penggunaan bateri
– Teknologi Mira Vision

Jadi, apa pendapat anda mengenai peranti ini? Nantikan review lengkap dari kami mengenai GPhone Evo dalam masa terdekat.

GALERI GAMBAR

Facebook Comments

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here