Aplikasi Kamera Dan Galeri Nokia X Kini Boleh Diinstall Pada Smartphone Android Anda

0
427 views
views

Nokia X merupakan smartphone pertama milik Nokia yang menggunakan android sebagai sistem operasi utama namun tidak menyokong fungsi Google padanya dimana anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Google Play Store dan perkhidmatan Google yang lain.

Mempunyai antaramuka seperti Nokia Lumia, smartphone ini mempunyai appstore sendiri untuk anda memuat turun aplikasi yang dikehendaki.Dalam artikel sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Nokia X ini telah pun berjaya di root dan dipasang Google Play Store.

Dalam perkembangan terbaru, aplikasi kamera dan juga galeri Nokia X berjaya di”port” kepada smartphone android yang menggunakan android 4.1.2 keatas.Ianya sesuai untuk diinstall pada hampir semua jenis smartphone samada menggunakan rom asal ataupun custom rom.

Artikel Lain : ” Senarai Aplikasi Terbaik Pilihan Kami

Untuk proses pemasangan fail apk kamera tersebut, anda hanya perlu memasang seperti biasa tanpa perlu melalui proses yang rumit dan boleh digunakan terus.Harus diingat, aplikasi ini mungkin masih belum stabil atau berfungsi sepenuhnya antaranya fungsi fokus tidak berfungsi dan kualiti rakaman video yang rendah ketika kami mencubanya pada Google Nexus 5 rom Resurrection Remix CM11.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, rujuk halaman Xda Dev melalui link dibawah.

Sumber | Xda Dev

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here