Nokia Lumia 630 Bakal Diperkenalkan – Dilengkapi Windows Phone 8.1

0
458 views
views

Nokia Lumia 630, merupakan antara siri Lumia terbaru yang akan dilancarkan oleh Nokia tidak lama lagi.Gambar smartphone tersebut digandingkan bersama Lumia 1320 dan Lumia 1520 dikesan oleh Baidu, sebuah laman web berpangkalan di China.

Smartphone ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi  854 x 480 pixels, Quad-core Snapdragon 400 processor dan 1GB ram.Tidak banyak maklumat lain yang dikongsikan mengenai siri Lumia baru ini.

Model Lumia dengan spesifikasi kelas pertengahan ini akan didatangkan dengan Windows Phone 8.1 iaitu sistem operasi terbaru milik Microsoft dan turut dilengkapi dengan ciri-ciri dual-sim.Ianya akan dilancarkan di China pada bulan April akan datang.

SUMBER | SLASHGEAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here